Kawasaki Z900RS 2018

Kemunculan Z900RS KAWASAKI adalah model yang ditunggu-tunggu dan menjadi salah satu motosikal baru yang paling ditunggu serta diperkatakan dalam dunia motosikal untuk 2018. Dengan gaya retro moden, ia  sememangnya menarik perhatian kepada sesiapa sahaja yang memandangnya.

Rekabentuk retro kawasaki ini masih mengikuti model asalnya tetapi dikemaskan dengan teknologi masa kini, dan ianya sungguh menjadi!!.Terdapat dua warna di sediakan Oren hitam iaitu warna berinspirasi dari model Z1 dan hijau “matte”.

Reka bentuk setiap bahagian Z900RS ini benar-benar mengekalkan bentuk asal tetapi diperbaharui dengan era zaman sekarang, dari bentuk meter  gaya analog serta LCD ditengah-tengahnya, sungguh retro dan moden.Gabungan tangki yang iconik “Teardrop” yang terkenal dari kawasaki Z1 yang terkenal sebagai “The King of the Road”.Bagi menyerlah kegelapan malam ketika menyusuri jalan-jalan Z900RS disertakan dengan lampu retro, berbentuk bulat tetapi mengunakan lampu LED, ia sungguh terang dan menarik.Untuk mengekalkan gaya asal retro Z1, model kawasaki mengekalkan gaya ekor “duck-bill” dengan lampu LED sungguh bergaya.Tempat duduk bertingkat dan lebar yang dihasilkan dengan penuh teliti untuk keselesaan penunggan dan pembonceng.

Ia didasarkan daripada model Z900 tetapi telah direka semula sehingga tahap anda tidak menyangka sebegini  bentuknya, dengan gaya yang diilhamkan oleh Z1 tahun 1970-an. Sungguh mengasyikkan ketika kita mula-mula  menunggangnya dengan kuasa enjin yang lembut tetapi bertenaga serta ringan untuk kita mengawalnya di jalan raya. Pergerakkan kiri dan kanan cukup menyakinkan.Ia bagai seolah semua permandangan dihadapan terbuka dan bebas.

Pasti anda akan suka dan dengan cepat dapat membiasakan diri apabila menunggang motosikal ini. Pertama kali duduk kita akan dapat merasakan, keselesaan dengan kedudukan badan dan Z900 ini mempunyai karektor yang tersendiri ketika menunggangnya. Secara tak langsung anda menjadi seorang penunggang retro yang moden ini. Setelah admin menghabiskan beberapa hari menunggangnya di sekitar bandaraya dan lebuhraya ia sememangnya tidak menghampakan. Selesa dan bertenaga inilah gambaran sebenar imej retro motosikal ini, dan ianya amat membanggakan, Tahniah Kawasaki. Mana-mana “Rider Otai” yang nak pencen cuba z900rs ni pasti tak jadi pencen.

Berbekalkan kapisiti enjin 948cc dengan empat selinder daripada kembarnya Z900, tetapi telah dikurangkan sedikit kuasanya, daripada 125ps Z900 kepada 111ps/ 8,500 rpm Z900RS.Dengan Tork 98.5Nm /6,500 rpm.Nisbah gear 1 dijadikan lebih pendek dan gear 6 dipanjangkan, ini dapat mengerakkan Z900RS ini lebih mudah dipermulaan serta selesa dan lancar laju apabila di lebuhraya.Rangka pula dari jenis ringan “Trellis Frame”.Dilengkapi tayar berukuran 120/70ZR17 dihadapan dan belakang berukuran 180/55ZR17 .

Motosikal ini sesuai untuk tunggangan santai dan bersahaja, ia tetap bertenaga jika inginkan kelajuan, tapi akan terasa beban tamparan angin yang kuat dari hadapan jika dalam kelajuan tinggi.Antara yang menarik lagi adalah ekzosnya. Kawasaki mengatakan ia mempunyai sistem ekzos pertama yang pernah dibuat, khusus untuk menjadikannya bunyi yang sedap didengar tampa mecacatkan keterampilan z900rs ini. Sungguh mengasyikkan bunyinya. Tak percaya jom singgah ruang pameran Kawasaki.Rasailah gaya dan tunggangan retro moden dari teknologi yang ada pada Z900RS ni.

Keseluruhannya pertama kali admin menguji, kesesuaian dengan konsep enjindot.com, yang menekankan perjalanan dan percutian permotoran yang santai. Jika ia dikenakan dengan fesyen pakaian retro tentu lebih menyerlah gaya menunggang Z900RS ini, lebih meyakinkan.Kawasaki Z900RS ini benar-benar menarik untuk mereka yang berjiwa retro.Tidak kira ke mana destinasi anda tuju untuk menikmati keindahan sepanjang perjalanan, Z900RS ini akan memenuhi segala impian seorang pengembara atau kegunaan harian sebagai peminat motosikal dahulu dan masa kini.Dengan harga bermula dari RM67,900 bagi model standard dan RM69,900 untuk model SE.

GALERI