Suzuki Burgman 400

Suzuki Burgman pilihan terbaik Eksekutif Muda
 
Suzuki Burgman merupakan antara skuter bersaiz sederhana yang popular di Europe dan juga Amerika. Suzuki Burgman atau juga dikenali sebagai Skywave di kebanyakan pasaran luar negara mempunyai variasi dari 125cc hingga 650cc. Namun di Malaysia hanya model 400cc di perkenalkan di penghujung 2017.
 
Ketika mula mula saya lihat Suzuki Burgman ini, saya berimiginasi sebagai seorang eksekutif berpakaian pejabat dan bertali leher ke pejabat dengan bergaya memintas kereta yang tersangkut di dalam kesesakan di awal pagi. Memang rasa begitu sesuai dimiliki oleh eksekutif muda yang inginkan kebebasan dan juga pantas menyelesaikan tugasan dan mensyuarat luar dengan segaknya. 
 
Dengan gaya yang lebih sporty berbanding model sebelumnya, Burgman baru ini lebih ekonomi dari segi penggunaan bahan api. Malah enjin 4 lejang, dohc 4 injap dengan penyejuk cecair ( euro 4 compliance ) boleh bertindak aggresif ketika diperlukan. Ibarat bila terlambat ke mesyuarat kita masih boleh senyum dengan adanya Si Burgman ini. Lebih lebih lagi di traffic light.
 
Satu lagi yang menarik minat saya adalah keselesaan dan kestabilan ketika menunggang. Saya tiada komplen. Tetapi kebiasaan skuter terkenal dengan kurangnya keselesaan pembonceng kerana kaki terpaksa dibuka dengan lebih luas. Bayangkanlah kalau jarak perjalanan yang jauh mau tak kejang. Tapi tidak dengan Burgman. Suzuki telah merekabentuk kerusi bahagian pembonceng agar kakinya boleh rapat dan ini secara tidak langsung mengurangkan daya rintangan angin berbanding skuter jenama lain.
 
Suzuki sudah terkenal sebagai salah satu jenama yang mempunyai sistem suspensi yang terbaik. Jadi memang tak dinafikan ketika saya uji dilebuhraya karak setiap selekoh diambil dengan mantap. Selesa betul. Kirakan untuk perjalanan jarak jauh boleh katakan terbaik. Visor depan yang agak tinggi juga membantu serba sedikit aerodinamik. Kurang sikit rasa nak melawan angin ketika dalam kelajuan yang agak laju dan saya perhatikan agak membantu jika hujan agak renyai. Saya tak perlu menukar baju hujan kerana seolah air hujan di tepis keluar. Senyum je kurang basah. 
 
Selain itu seperti biasa tak lengkap jika Skuter tak dilengkapi dengan soket elektrik di dalam ruangan penyimpanan barang di hadapan dan juga bahagian simpanan barang 42 litre yabg boleh memuatkan 2 helmet di bawah tempat duduk. Ia juga dilengkapi dengan ciri Anti-Lock Braking System (ABS) dan Suzuki Advanced Immobilizer System (SAIS) sebuah sistem immobilizer yang dibangunkan oleh Suzuki sendiri. Tangki minyak yang disediakan ialah 13.5 liter.
 
Dengan kuasa enjin 400 cc, satu silinder,  kuasa yang disejukkan cecair dengan suntikan bahan api oleh EFI, Burgman 400 CVT automatik tramission, membolehkan ia  mengeluarkan 33 hp pada 7,300 rpm dan tork 36.3 Nm pada 5,800 rpm. Burgmann mengunakan  roda 15 inci   120/70-15M/C (56S), tubeless di hadapan dan 13 inci 150/70-13M/C (64S), tubeless di bahagian belakang.
 
Jadi dipendek cerita kalau ada pilihan lain dari segi rekabentuk, keselesaan, teknologi enjin Suzuki Burgman ini antara pilihan yang paling teratas dalam carta sehingga ada saingan lain dalam pasaran .