Kawasaki ZX10R 2021 Didatangkan Dengan Kelengkapan Serba Baharu

Akhirnya nampak keseluruhan rekabentuk ZX10R 2021 sebenarnya, macam peminat motosikal Kawasaki semua?. Pada admin ia masih kepada rekabentuk lama, seperti bahagian ekor nampak seperti biasa dan rekabentuk bahagian hadapan hanya bahagian lampu sahaja diubah, tidak seperti saingan mereka dalam segmen jentera “Superbike” lebih agresif seperti Ducati, Yamaha dan Honda.

Namun jika diteliti dengan betul-betul sangkaan kita meleset sama sekali, ianya penuh dengan part kelengkapan baharu yang menarik sekali. Kawasaki Ninja ZX-10R yang baru mendapat perubahan aerodinamik yang agresif. Selain itu perubahan pada jentera empat silinder 998cc termasuklah pendingin minyak baru, injap pendikit elektronik, sistem ekzos, dan nisbah gear transmisi. Kotak gear kini dengan nisbah pertama, kedua, dan ketiga lebih pendek untuk pecutan yang lebih baik, sementara keempat, kelima, dan keenam tetap sama.

Di bahagian elektronik, kini terdapat tiga mod menunggang bersepadu (Sport, Road, & Rain), dan empat mod penunggang manual. Kawalan pelayaran elektronik juga telah ditambahkan pada Kawasaki Ninja ZX-10R 2021.

Dan akhirnya mengikuti perkembangan semasa untuk arus kemodenan seperti jentera jenama lain dipasaran, ZX10R ini menerima dash TFT menggantikan meter lama yang telah terdapat pada model tahun sebelumnya, termasuk kini terdapat ciri penyambungan telefon mudah alih.

Unit Showa Balance Free Front Forks (BFF) melakukan tugas penggantungan di bahagian depan, sementara kejutan Showa Balance Free Rear Cushion) BFRC) berfungsi di bahagian belakang. Kini ia hadir dengan tetapan baru, namun dipadankan dengan lebih rendah.

Apa pun kita sama-sama menunggu unit jentera juara dunia WSBK ini muncul dinegara kita, untuk dilihat lebih dekat, kadang-kadang jentera seperti ini kena berhadapan mata kita baru boleh terima.