LUANGKAN CUTI ‘STAYCATION’ ANDA DI 8 TEMPAT GLAMPING TERBAIK DI NEGERI SELANGOR

Negeri Selangor sangat terkenal dengan destinasi pelancongan yang berkonsepkan eko dan

pemandangan alam semula jadi yang cantik serta menakjubkan. Destinasi ini menjadi pilihan

pecinta alam semula jadi dan ‘outdoor’. ‘Glamping’ atau ‘Perkhemahan Dengan Penuh Gaya”

merupakan satu salah satu ‘trend’ pelancongan yang mendapat perhatian ramai. Mungkin ada

pelancong yang tidak suka menginap dalam khemah biasa kerana kurang berasa selesa.

Tetapi dengan ‘Glamping’, anda boleh menginap dengan menggunakan khemah biasa, tetapi

dengan lebih selesa dan penuh gaya. Kebiasaanya, glamping menyediakan kemudahan-

kemudahan yang ‘extra’ seperti set tilam, kipas, lampu, dan decokari dalaman yang menarik.

Bayangkan kita boleh menghabiskan hari cuti, dengan berenang di kolam renang semasa

matahari terbenam, sambal berehat dengan secawan teh, dan membuat aktiviti mendaki serta

meredah kehijauan alam sekitar yang subur. Glamping dapat menyediakan pengalaman ini,

dan ianya salah satu cara yang terbaik untuk kita melihat dan menikmati landskap Selangor

yang menakjubkan. Berikut ialah senarai 8 tempat glamping yang cantik dan menarik yang

patut anda kunjungi di Negeri Selangor!

1.Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang

 Terdapat hutan yang hijau dan luas di sekitar Resort Taman Eko Rimba Komanwel,

menjadikannya taman resort yang indah. Tempat ini menyediakan percutian yang sempurna

untuk hujung minggu yang santai. Jika anda dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rawang,

singgahlah di Taman Hutan Komanwel, yang terletak betul-betul bersebelahan dengan laluan

utama. Seperti namanya, Taman Eko Rimba Komanwel menggabungkan hutan tebal dengan

taman yang indah, tasik dan pelbagai ciri lain untuk menyediakan pelancong dengan suasana

yang indah di dalam hutan. Jika anda ingin pergi berkhemah pada hujung minggu, anda harus

menempah tapak perkhemahan sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal. Boleh dikatakan

bahawa tapak perkhemahan di tepi tasik adalah pilihan utama oleh para pelancong di sini.

Hutan yang indah dan menghijau menyelubungi taman. Laluan mendaki juga boleh diakses

oleh semua orang dari semua peringkat umur.

2.River & Glamp, Batu Caves

 Untuk Glamping, kita perlu pergi ke lokasi yang tepat dan semestinya mempunyai pandangan

yang indah khsusnya di tepian sungai di Negeri Selangor. The River & Glamp yang teletak di

Gombak ini terletak kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari Batu Caves. Lokasi

glamping ini yang cantik ini sudah pasti akan menyerlahkan ciri-ciri terbaik alam semula jadi

 untuk para pelancong. Untuk memenuhi permintaan, pakej yang disediakan adalah termasuk

tiga hidangan iaitu, sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, semuanya disajikan

dalam suasana gaya glamping. 

3.Dusun Bonda, Batang Kali

 Dusun Bonda yang terletak di Batang Kali, Hulu Selangor yang mulanya merupakan sebuah

vila kecil milik orang persendirian. Disini kini terdapat juga tapak Glamping dan perkhemahan

yang disusun di dalam dusun buah-buahan untuk kita menginap. Hal ini dapat menyediakan

penginapan yang santai dalam suasana yang indah kepada para tetamu yang datang. Dusun

Bonda juga menyediakan kemudahan yang mesra untuk kanak-kanak seperti air terjun dan

kolam buatan. Keindahan kawasan dan susunan aktiviti pengalaman yang menarik untuk

glamping menjadi keutamaan kepada Dusun Bonda kepada tetamu mereka. 

4.Skycamp By Rimba Segara, Hulu Langat

 Skycamp by Rimba Segara merupakan tarikan terbaru terletak di kawasan Hulu Langat.

Pengalaman glamping di sini dapat merasai suasana yang indah dengan sungai dan air terjun

di tengah-tengah kebun tropika dan hutan di daerah Hulu Langat. Kawasan ini juga mempunyai

gerai makanan dan kedai buah-buahan yang menarik di sepanjang jalan. Para penginap

glamping juga boleh membawa makanan sendiri untuk dimasak. Kemudahan seperti peti sejuk

dan semua peralatan memasak, termasuk gas juga disediakan. Kawasan Glamping ini

diuruskan dengan kepekaan dan mesra alam sekitar. Penggunaan plastik dan Styrofoam

adalah dihadkan. 

5.The Sticks, Kuala Kubu Bharu

 The Sticks merupakan resort eko yang terletak di dalam Kawasan hutan di Kuala Kubu Bharu,

Hulu Selangor. Ianya dibina di atas tapak bekas lombong bijih timah dengan mengambil kira

kelestarian alam sekitar. Resort ini menjana tenaga elektrik melalui tenaga suria dan

memperoleh punca air daripada aliran tempatan serta dibangunkan dengan konsep mesra

alam. Para tetamu dapat meluangkan masa di ruang penginapan di dalam hutan yang

dilengkapi dengan katil yang selesa, selimut mewah, kipas siling dan pemanas air. Kesemua

tempat penginapan dalam 12 rumah adalah unik yang dipanggil sebagai ‘tendok’. Tendok

merupakan gabungan perkataan antara khemah dan pondok. The Sticks direka untuk

memastikan pengalaman penginapan yang baik kepada alam semula jadi dan mengutamakan

keselesaan. Para tetamu boleh berehat dan menikmati alam sekitar sambil bersantai di buaian,

berenang dan terapung di sepanjang sungai, atau menjamu selera dengan hidangan lazat yang

dimasak sendiri untuk memastikan keselesaan semasa penginapan mereka.

6.The Hid3out, Batu Caves

 The Hid3out terletak di Sungai Tua, Batu Caves Selangor. Glamping di The Hid3out ialah cara

terbaik untuk merasai aktiviti perkhemahan dengan lebih menarik. Para pengunjung tidak perlu

risau dari segi kemudahan kerana di sini terdapat kelengkapan glamping yang telah

disediakan. Antaranya seperti tilam, tandas dan lain-lain perkhidmatan. Para pengunjung juga  boleh menggunakan ruang BBQ untuk menyediakan makanan dan menikmati penginapan

mereka dengan baik.

7.Alpine Camp, Hulu Langat

Siapa kata anda tidak boleh menikmati keindahan semula jadi semasa walaupun berada di

kawasan berdekatan dengan bandar? Alpine Camp menyediakan pengalaman glamping

dengan suasana alam semula jadi yang berlatar belakangkan Sungai Lui dan Gunung Hitam.

Terdapat lima khemah glamping disediakan, setiap satunya boleh memuatkan sehingga empat

orang. Alpine Camp juga mempunyai surau dan dewan makan untuk kemudahan pengunjung.

Pengunjung juga dapat menikmati keindahan sungai berdekatan dan ianya selamat untuk

kanak-kanak.

8.Camp Out, Sunway Lagoon

“Camp Out!” adalah pengalaman perkhemahan yang berkonsepkan glamping pertama di

Sunway Lagoon. Ianya juga glamping yang pertama yang terletak di taman tema. Camp Out,

Sunway Lagoon akan memberikan mengalaman taman tema terbaik mereka dari pagi hingga

ke malam. Pengalaman ini merupakan versi yang lebih baik daripada aktiviti perkhemahan

yang biasa kita lakukan. Ianya lengkap dengan makan malam barbeku, ruang kolam renang

peribadi dan peluang untuk tidur di tengah-tengah taman tema Sunway Lagoon! Sudah pasti ia

akan menjadi malam terbaik dalam hidup anda!

Anda tidak perlu tercari-cari lagi tempat penginapan yang unik, melainkan senarai tempat

glamping seperti yang disenaraikan di atas untuk percutian ‘staycation’ anda pada masa akan

datang. Kali ini, Tourism Selangor telah menyediakan senarai tarikan glamping untuk anda dan

senarai ini disusun secara rawak. Pesanan kami, sebelum membuat tempahan dan

pembayaran, kami mengesyorkan agar anda mendapatkan maklumat yang betul dan boleh

dipercayai tentang pakej tawaran di setiap destinasi percutian. Untuk mencari tempat percutian

yang lain, anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel

untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus

ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube

Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.