MICHELIN MENJEMPUTPARA E-PELUMBA DI MALAYSIA UNTUK BERSAING DALAM ‘PIALA ASIA MICHELIN DIKUASAKAN OLEH GRAN TURISMO’

MICHELIN, syarikat tayar terkemuka di dunia menjemput para  peminat permainan video lumba kereta bagi merebut peluang untuk mewakili Malaysia di ‘Piala  Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo’. Acara e-lumba tahunan ini akan menyaksikan  para ‘gamer’ dari Malaysia bertanding dengan peserta-peserta lain dari Thailand, Indonesia, dan  Australia untuk menjulang piala ini. 

Hadiah Utama berupa pakej perjalanan yang ditanggung sepenuhnya oleh MICHELIN, ia bakal memberi peluang kepada johan pertandingan ini untuk meneroka dunia MICHELIN dalam kegiatan sukan permotoran dan mobiliti di acara Michelin Passion Experience (MPE) yang bakal diadakan pada tahun ini di Litar Yas Marina yang terletak di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. Naib johan akan membawa pulang satu set tayar MICHELIN; manakala pemenang tempat ketiga akan dihadiahkan kad bahan api bernilai lebih daripada RM1,500. Pendaftaran bagi pusingan kelayakan akan dibuka mulai hari ini sehingga 8 Julai 2022. Setiap seorang daripada 500 peserta berdaftar yang pertama di Malaysia akan dihadiahkan barangan MICHELIN yang eksklusif.

Piala Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo merupakan sebuah pertandingan e-lumba yang akan menggunakan platform ‘Gran Turismo’ di PlayStation 4 dalam mod Sport. Peserta berdaftar dikehendaki untuk menghantar catatan masa terbaik mereka bagi Pusingan  Kelayakan dari  11    hingga  15  Julai  2022. Enam peserta dengan catatan masa terbaik akan diumumkan pada tarikh 20 Julai 2022 untuk mewakili    Malaysia    dalam    pusingan    Separuh    Akhir lalu berlumba dengan enam wakil peserta terbaik dari tiga lagi negara lain yang mengambil bahagian. 

Sejumlah 24 peserta dalam Pusingan Separuh Akhir (enam pemain dari setiap negara: Thailand, Malaysia, Indonesia, dan Australia) akan dibahagikan kepada dua kumpulan, setiap satu akan terdiri daripada 12 pemain. Enam pemain terpantas dalam setiap kumpulan akan mara ke Pusingan Akhir, yang akan disiarkan secara    langsung    pada  26  Ogos  2022  bermula  jam  8 malam (Malaysia), melalui akaun Facebook rasmi MICHELIN Malaysia berserta saluran-saluran media sosialnya yang lain. Tiga peserta di tangga teratas akan diumumkan secara rasmi pada tanggal 30 Ogos 2022.

Jadual Piala Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo ­:-

26 Jun hingga 8 Julai 2022  –  Pendaftaran melalui https://gperacing.com/michelin/

9-15 Julai 2022  – Peserta menghantar catatan masa terbaik mereka dalam Pusingan Kelayakan .

20 Julai 2022 – Pengumuman 6 peserta dengan catatan masa terbaik untuk mewakili Malaysia dalam Pusingan Separuh Akhir .

4 Ogos 2022 – Pusingan Separuh Akhir, bermula jam 5 petang  .

26 Ogos 2022 – Pusingan Akhir, bermula jam 8 malam.

30 Ogos 2022 – Pengumuman Rasmi Para Pemenang.

Sila ambil maklum bahawa Pemenang Hadiah Utama haruslah memiliki lesen memandu atau lesen perlumbaan yang masih sah sehingga selewat-lewatnya 9 September 2022 untuk memiliki kelayakan dalam tuntutan hadiah berkenaan. Untuk mengambil bahagian dalam Piala Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo, sila daftarkan diri anda di https://gperacing.com/michelin/ mulai hari ini sehingga 8 Julai 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *