Pengguna Maybank PETRONAS Visa kini boleh menikmati faedah TreatsPoints dan pulangan tunai untuk pembayaran petrol melalui Setel

Setel, aplikasi pembayaran petrol di Malaysia, dengan sukacitanya mengumumkan ketersediaan faedah TreatsPoints dan ganjaran pulangan tunai untuk pelanggan yang membuat pembayaran petrol menggunakan kad kredit Maybank PETRONAS Visa di aplikasi melalui aplikasi Setel. Dengan matlamat untuk menjadi peneman setia setiap pemandu di jalan raya, inisiatif ini bukan sahaja memberikan pengalaman pengisian petrol yang terbaik, tetapi juga menggalakkan penjimatan perbelanjaan petrol. Kerjasama antara Setel dan Maybank dapat memberi pengalaman yang lancar, mudah dan bermanfaat untuk pengguna dengan menggabungkan aplikasi canggih Setel bersama kad kredit Maybank.

Faedah TreatsPoints untuk pengguna Kad Kredit Maybank PETRONAS Visa Gold & Platinum:

Mulai 1 September 2023, pengguna Maybank PETRONAS Visa Platinum dan Gold dapat menikmati 5x TreatsPoints pada hari bekerja dan 8x TreatsPoints pada hujung minggu. Mereka hanya perlu memautkan kad kredit mereka dan membuat pembayaran petrol melalui aplikasi Setel.

Ganjaran pulangan tunai untuk pengguna Maybank Islamic PETRONAS Gold & Platinum Credit Card-i:

Pulangan tunai pula akan ditawarkan kepada pengguna Maybank Islamic PETRONAS Ikhwan Visa Platinum dan Gold Credit Card-i dengan setiap pembayaran petrol yang dibuat menggunakan kad kredit yang telah dipautkan di aplikasi Setel. Pengguna kini akan menerima sebanyak 8% pulangan tunai dengan setiap pembayaran petrol yang dilakukan pada hujung minggu, dan sebanyak 1% pulangan tunai pada hari bekerja. Dengan had bulanan pulangan tunai sebanyak RM50, pengguna dapat memaksimumkan penjimatan untuk perbelanjaan petrol.

“Sebagai pelopor aplikasi pembayaran petrol di Malaysia, Setel sangat komited untuk menyediakan mobiliti yang inklusif dan memperluaskan ganjaran rakan niaga kepada pengguna kami, untuk pengalaman pembelian yang lancar” kata Mazlin Erawati Ab Manan, Ketua Pegawai Eksekutif Setel. “Selepas banyak permintaan daripada pengguna kami selama ini, akhirnya kami telah bekerjasama dengan Maybank untuk menawarkan ganjaran TreatsPoints dan pulangan tunai apabila pengguna kami membuat pembayaran petrol menggunakan kad kredit  Maybank PETRONAS Visa melalui aplikasi Setel. Kerjasama ini bukan sahaja membantu para pelanggan untuk mendapatkan lebih banyak penjimatan petrol, tetapi juga membuktikan usaha pihak kami dalam memastikan perjalanan dan pengalaman pelanggan kami di jalan raya menjadi lebih mudah dan senang.” Setel menggalakkan penggunanya untuk memautkan kad kredit Maybank PETRONAS Visa Gold and Platinum, atau Maybank Islamic PETRONAS Visa Gold and Platinum Credit Card-i dengan aplikasi Setel untuk menikmati faedah ganjaran ini sepenuhnya

Untuk maklumat lanjut mengenai ganjaran di atas dan ganjaran menarik yang lain, sila layari laman sesawang Maybank di www.maybank.com dan laman sesawang Setel di https://www.setel.com/petrol-credit-card-accepted

GALERI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *