Peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza 2019 makin mendapat sambutan

KUALA LUMPUR, 26 April 2019 – PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM), anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) yang bertanggungjawab memasarkan produk minyak pelincir PETRONAS Sprinta hari ini meraikan pemenang pertama untuk peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza 2019. Peraduan yang bermula 11 Mac itu masih berlangsung dan akan tamat pada 30 September.

Menawarkan hadiah utama ‘superbike’ YAMAHA R6, hadiah kedua YAMAHA R25 peraduan ini juga memberi peluang pemenang bulanan membawa pulang sebuah motosikal popular YAMAHA Y15ZR. Di samping itu hadiah saguhati berupa tiket grandstand MotoGP Sepang.

“Kami sangat berpuashati dengan sambutan yang diberikan kepada peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza ini. Penjualan juga meningkat kerana minyak pelincir PETRONAS Sprinta semakin dikenali dan dipercayai kerana mutu dan kualiti nya memberi jaminan kepuasan kepada penunggang motosikal tanpa mengira model dan cc ,” kata Hardeep Singh , CEO PLMM yang menyampaikan hadiah bulanan YAMAHA Y15ZR di acara ‘Pesta PETRONAS Sprinta 2019’ yang berlangsung di kawasan utama aksesori dan servis motosikal di ibukota iaitu Jalan Sentul.

Sahrulnaim bin Sahrahan berasal dari Gombak, Kuala Lumpur yang merupakan pemenang pertama bulan Mac YAMAHA Y15ZR berkata,” Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada PETRONAS Sprinta kerana menganjurkan peraduan yang sangat menarik ini. Saya yang kebetulan memang harus menukar minyak pelincir membeli produk F500 untuk kegunaan motor kapcai saya. Memang menjadi kebiasaan, minyak pelincir PETRONAS Sprinta akan menjadi pilihan saya kerana terbukti membuat enjin saya terasa lebih ringan dan lancar”.

Pesta PETRONAS Sprinta 2019 akan berlangsung selama dua hari 26 – 27 April (Jumaat dan Sabtu) di Jalan Sentul (berdekatan NKS Sports Biker) adalah anjuran bersama Syarikat Perniagaaan KF (pengedar rasmi utama PETRONAS Sprinta) dan PLMM. Pelbagai hadiah dan cenderahati menanti pembeli minyak pelincir PETRONAS Sprinta di acara ini. Maklumat lanjut Peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza boleh di dapati di laman media sosial Facebook PETRONAS Sprinta Malaysia dan Instagram @petronas_sprintamy

GALERI