
Kuala Lumpur, 20 September 2021 – PETRONAS AutoExpert, pusat servis automotif
yang dibangunkan oleh PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd (PLMMSB)
meneruskan kempen promosi penukaran minyak enjin dan servis kereta, dengan
menawarkan diskaun sehingga 40% (tertakluk pada terma dan syarat) bagi beberapa
pakej penukaran minyak enjin PETRONAS Syntium termasuk sintetik penuh dan semi
sintetik berserta mineral. Kempen ini bermula sekarang hingga akhir tahun.
Kempen ini khusus untuk kakitangan dan petugas barisan hadapan sebagai tanda
penghargaan kepada mereka yang telah bertungkus-lumus mengawal wabak penularan
COVID-19, terutamanya bagi yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi
Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Ketua Pegawai Eksekutif PLMMSB Hardeep Singh berkata, “Kempen kami pada tahun lalu
telah mendapat sambutan yang menggalakkan, dan kami dimaklumkan bahawa ia sedikit
sebanyak dapat membantu meringankan beban serta melancarkan perjalanan mereka ke
tempat kerja tanpa sebarang masalah. Sehubungan itu, bagi memastikan lebih ramai
petugas barisan hadapan mendapat manfaat daripada kempen ini, kami telah menambah
beberapa pusat servis lain di kawasan strategik sekitar Wangsa Maju, Bandar Puchong
Jaya dan Bandar Baru Bangi,”
Untuk menyertai program ini, petugas barisan hadapan disarankan untuk membuat
tempahan di cawangan PETRONAS AutoExpert yang berikut :-
- PETRONAS AutoExpert Shah Alam
 No 43, Jalan 15/23, Seksyen 15,
 Tiong Nam Industrial Park,
 40200 Shah Alam, SELANGOR
 Tel : 011-1148 5141
 Map : https://g.page/AutohausKLShahAlam?share.
- PETRONAS AutoExpert Seri Kembangan
 No 1, Jalan BPP 5/2,
 Pusat Bandar Putra Permai,
 43300 Seri Kembangan, SELANGOR
 Tel : 011-1177 1767
 Map : https://g.page/ahklsk2?share
- PETRONAS AutoExpert Sri Manja
 No 1, Jalan Sri Manja 12,
 Taman Sri Manja,
 46000 Petaling Jaya, SELANGOR
 Tel : 016-318 3155
 Map : https://g.page/autohausklpj?share
- PETRONAS AutoExpert Sri Batu Caves
 No 20, Jalan SBC5,
 Taman Sri Batu Caves,
 68100 Batu Caves, SELANGOR
 Tel : 012-249 5955
 Map : https://goo.gl/maps/vFEh4AWhX328RyFLA
- PETRONAS AutoExpert Semenyih
 No 4G, 6G & 8G, Jalan 5/11,
 Bandar Rinching,
 43500 Semenyih, SELANGOR
 Tel : 012-319 5955
 Map : https://goo.gl/maps/wUwPjR2DoLiftB9D8
- PETRONAS AutoExpert Kajang
 No 23G, Jalan Putra 2,
 Taman Putra Kajang,
 43000 Kajang, SELANGOR
 Tel : 012-329 5955
 Map : https://goo.gl/maps/bfN5J9Uy2cQiVTnD6
- PETRONAS AutoExpert Bandar Bukit Raja
 No 7-1A, Persiaran Astana,
 Bandar Bukit Raja,
 41050 Klang, SELANGOR
 Tel : 012-239 5955
 Map : https://goo.gl/maps/ux4doJMeT8Btr6QS9
       PETRONAS AutoExpert Puchong
       Jalan Layang-Layang 1,
      Bandar Puchong Jaya,
      47170 Puchong, SELANGOR
      Tel : 017-321 5585
      Map https://goo.gl/maps/8hHTHnRTsY1AtDr67
- PETRONAS AutoExpert Wangsa Maju
 95, Jalan Wangsa Delima 5,
 Wangsa Maju, Seksyen 5,
 53300, KUALA LUMPUR
 Tel : 010-655 6151
 Map : https://g.page/AHKLWM2?shares
- PETRONAS AutoExpert Bandar Baru Bangi
 No. 7, Jalan 9/6,
 Taman IKS, Seksyen 9,
 43650, Bandar Baru Bangi,
 SELANGOR
 Tel : 018-664 8087
 Map : https://goo.gl/maps/Y9epreUB7MXRGo5J8

 
  
  
  
  
  
 