PETRONAS Sprinta Bonanza makin mendapat sambutan

BUKIT MERTAJAM, 25 Julai 2019 – PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) hari ini meraikan pemenang bulan Jun untuk peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza. Pemenang bertuah berkenaan ialah Encik Ahmad Shafiq bin Ahmad Sharifudin berusia 23 tahun berasal dari Permatang Pasir berdekatan sini. Ahmad Shafiq yang bertugas sebagai pelatih kesihatan hanya membelanjakan sebanyak RM70 untuk belian dua botol minyak pelincir Sprinta F700 dan layak menyertai peraduan.

Hadiah bulanan yang berupa sebuah motosikal YAMAHA Y15ZR disampaikan oleh Ketua Peruncitan PLMM, Encik Mohd Bahrin Mohd Yunus di PETRONAS Tanah Liat yang merupakan stesen dimana belian Sprinta berkenaan dibuat oleh Ahmad Shafiq.

Peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza yang bermula 11 Mac lalu masih berlangsung dan akan tamat pada 30 September 2019. Sebanyak tujuh(7) buah hadiah bulanan YAMAHA Y15ZR ditawarkan manakala hadiah kedua sebanyak tiga(3) buah YAMAHA R25, sementara hadiah utama merupakan sebuah motosikal berkuasa tinggi, YAMAHA R6 yang bernilai lebih RM100,000. Lebih menarik ialah semua motosikal yang ditawarkan diberi sentuhan ‘airbrush livery’ sempena pasukan PETRONAS YAMAHA SRT di kejohanan dunia MotoGP.

Berikut ialah senarai pemenang motosikal YAMAHA Y15ZR setakat ini :-

Mac    :        Sahrulnaim bin Sahrahan

April    :        Mohd Arif bin Mohmad Yasin

Mei     :        Muhamad Faez bin Aju

Jun     :        Ahmad Shafiq bin Ahmad Sharifudin

Masih terdapat tiga(3) buah YAMAHA Y15ZR (atau popular dengan Ysuku) untuk dimenangi sehingga tamat tempoh peraduan. Hadiah kedua dan utama bakal disampaikan di Litar Sepang bersempena MotoGP pada November nanti oleh pelumba-pelumba pasukan PETRONAS YAMAHA SRT iaitu Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Maklumat lanjut peraduan boleh didapati di laman sosial Facebook PETRONAS Sprinta Malaysia dan Instagram @petronas_sprintamy.

GALERI