HARLEY-DAVIDSON MELANCARKAN HARLEY-DAVIDSON FXDR 114 2019 BAHARU

Serdang, Selangor (27 Julai, 2019) – Harley-Davidson mempamerkan FXDR 114 buat pertama kali buat warga Malaysia. Harley-Davidson FXDR 114 baharu hadir dengan rekaan agresif beserta kelebihan teknikal tersendiri. Umpama sebuah motosikal ‘drag’ digandingkan dengan sebuah jet pejuang, ‘cruiser’ berkuasa ini membawa prestasi tahap baharu ke dalam barisan jentera Harley Davidson. FXDR 114 menggabungkan kuasa yang tidak menjemukan daripada enjin Milwaukee-Eight 114 dengan penggunaan komponen-komponen aluminium dan komposit yang lebih ringan. Setiap aspek bagi prestasi dipertingkatkan oleh Harley Davidson pada model baharu ini.

FXDR 114 ialah model ke-10 Harley-Davidson berdasarkan kepada platform Softail yang diperkenalkan pada 2018 dan terbaharu di dalam barisan 100 motosikal berimpak tinggi yang syarikat ini bercadang untuk perkenalkan menjelang 2027. FXDR 114 akan hadir dalam warna Vivid Black, Black Denim, Industrial Gray Denim, Wicked Red Denim, Bonneville Salt Denim, dan Rawhide Denim di semua 4 pengedar Malaysia bermula 27 Julai 2019.

Harga bermula daripada RM122,500 dan bagi semua unit FXDR yang didaftarkan sebelum 30 November 2019, pemilik layak mendapat Screamin’ Eagle Titanium Muffler dan baucer bagi peralatan menunggang bernilai RM4,200.

GALERI