PROTON X70 2022 DILANCARKAN DENGAN PILIHAN ENJIN BARU DAN CIRI-CIRI YANG DIPERBAHARUI

PROTON telah melancarkan Proton X70 2022 yang menawarkan penggayaan yang diperbaharui dan pilihan baharu untuk pembeli yang mencari SUV yang menawarkan peningkatan prestasi dalam kecekapan bahan api. SUV terlaris di Malaysia kini diperkenalkan dengan enjin suntikan terus 1.5L TGDi, pengecas turbo, yang merupakan alternatif kompak baharu kepada enjin 1.8L TDGi yang biasa.

“PROTON bangga memperkenalkan Proton X70 2022, model yang mengekalkan kedudukannya sebagai SUV segmen C terlaris sejak dilancarkan. Lebih 70,000 unit telah pun terjual dan hari ini, kami telah mengemaskini penggayaan dan enjin 1.5L TGDi untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada bakal pembeli. Ia menjanjikan tahap prestasi yang sama dengan varian 1.8L TGDi di samping peningkatan prestasi dalam kecekapan bahan api yang dapat memenuhi keinginan pelanggan kami untuk memiliki sebuah SUV yang bukan sahaja menyerlah dalam prestasi, ciri dan tarikan estetik, tetapi juga mampu dimiliki dan dikendalikan,’ kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Prestasi Direka untuk Pemandu Milenium

Dikemaskini dengan teknologi dan inovasi enjin terkini, enjin 1.5L TGDi telah dikaji selama lima tahun dan melibatkan lebih dari 100 pakar utama dalam kerjasama global dan menjalani ujian lebih 12 juta kilometer dalam keadaan dan iklim yang paling ekstrem dan tertekan. Enjin yang sangat dipercayai dan terbukti di pasaran itu telah merekodkan lebih 750,000 unit di jalan raya di seluruh dunia dan boleh didapati di 22 negara dengan cuaca dan keadaan jalan raya yang pelbagai. Dengan kecekapan lebih tinggi bagi setiap silinder dan enjin yang lebih padat, pilihan yang sesuai bagi pemandu milenium yang kontemporari, enjin 1.5L TGDi mencapai pengeluaran kuasa maksimum 177PS dan tork 255Nm, mencapai kemuncaknya lebih awal pada 1500rpm. Berbanding dengan enjin 1.8L TGDi, terdapat pengurangan 7% dalam penggunaan bahan api pada kitaran bandar. Pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih varian AWD, dilengkapi dengan Pacuan Empat Roda pintar masa nyata, yang secara automatik memindahkan tork ke roda belakang berdasarkan permintaan, disamping menambah baik pengendalian mengikut keadaan jalan yang berbeza-beza.

Enjin 1.5L TGDi dibina di Tanjung Malim, di barisan pengeluaran baharu yang memenuhi piawaian kualiti yang ketat yang mandatori bagi salah satu enjin pemasangan tempatan yang paling canggih di Malaysia. Pemasangan tempatan enjin 1.5L TGDi mempamerkan komitmen PROTON terhadap penyelidikan dan pembangunan automotif bagi generasi akan datang, serta keupayaan pengeluaran kami. Kami berazam untuk mengembangkan laluan kami ke ekonomi IR4.0, dan ini hanyalah satu kejayaan dalam pelan hala tuju teknologi kami,” tambah Roslan Abdullah.

PROTON X70 2022 DILANCARKAN DENGAN PILIHAN ENJIN BARU DAN CIRI-CIRI YANG

DIPERBAHARUIReka Bentuk yang Dikemaskini dan Diperhalusi

Selain daripada enjin, Proton X70 2022 juga menawarkan ciri yang dipertingkatkan untuk keselesaan pemandu dan penumpang serta rupa yang diperbaharui. Ini juga termasuk kemasan hitam kuarza pada bampar hadapan dan belakang, roda aloi 19 inci baharu, pintu belakang berkuasa dengan sensor kaki dan tempat duduk kulit Nappa dengan lapisan utama hitam baharu. Untuk keselesaan dan ketenangan fikiran, Proton X70 2022 didatangkan dengan Sistem Penulenan Udara Pintar (P-IAPS) – gabungan penapis kabin N95 (digabungkan ke dalam penghawa dingin) dan sistem penulenan udara, berfungsi dua kali lebih cekap untuk meningkatkan kualiti udara dalam kabin.

Hubungan Ditakrifkan dan Keselamatan Terjamin

Proton X70 2022 menawarkan pelbagai ciri pintar dan hubungan yang menjadikan pemanduan lebih selesa dan lebih selamat. Dengan Perintah Suara, menyebut “Hi PROTON” membolehkan pemandu mengendalikan tingkap dan penghawa dingin, atau boleh juga mengakses navigasi dalam talian. Selain itu, PROTON Link memantau status kenderaan dan membenarkan kawalan jauh bagi fungsi tertentu. Untuk penambahan keseronokan dan kemudahan tambahan, sembilan pembesar suara dengan penguat kuasa dan subwufer meningkatkan pengalaman muzik manakala enam port USB menyediakan penyelesaikan pengecasan yang mencukupi. Keselamatan turut diutamakan dalam Proton X70 2022, yang dianugerahkan penarafan ASEAN NCAP 5 bintang, disokong oleh senarai komprehensif ciri keselamatan seperti enam beg udara SRS, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Sistem Pemantauan Tekan Tayar (TPMS), dan kamera 360 dengan paparan 3D untuk tempat letak kereta tanpa kerumitan. Pilihan warna luaran untuk Proton X70 2022 adalah Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red, Cinnamon Brown dan Space Grey, ditawarkan mengikut varian yang dipilih.

Proton X70 2022 kini boleh didapati untuk tempahan dalam talian di https://www.proton.com/en/find-acar/protonx70 dan di bilik pameran PROTON yang sah.

Harga atas jalan tanpa insuran* adalah seperti berikut:

Variant Peninsular Malaysia East Malaysia

1.5 TGDi Standard 2WD RM93,900 RM95,900

1.5 TGDi Executive 2WD RM105,500 RM107,500

1.5 TGDi Executive AWD RM111,300 RM113,300

1.5 TGDi Premium 2WD RM117,900 RM119,900

1.8 TGDi Premium 2WD RM121,800 RM123,800

*Sah sehingga 30 Jun 2022 dengan pengecualian Cukai Jualan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *