Triumph Rocket 3GT bukan sekadar terbesar, tetapi pengalaman menarik di antara terbaik.

Jika anda biasa dengan model-model motosikal berkuasa tinggi yang kapasiti cc enjinnya yang besar,  baik yang pernah memiliki atau lihat didepan mata, mungkin ada satu lagi jenama motosikal yang belum anda berpeluang cuba dan lihat dari dekat.Bagi peminat motosikal mungkin tahu dan pernah melihat secara langsung dan sekadar kahbar berita. Ianya sebuah motosikal siri pengeluaran yang ada di pasaran dunia dan kini berada di Malaysia, dan telah berkali admin bawa sebenarnya sebabnya cukup mengatakan ianya di luar biasa, aura dia lain.Triumph Rocket GT sebuah jentera dengan 2500cc, lebih besar dari kebanyakan kereta kegunaan orang ramai di jalanraya. Jika anda melihat dari saiz motosikal roadster berotot yang berprestasi tinggi ini, memang pada mulanya akan merasakan, seolah tidak cukup yakin akan kemampuan mengendalikan jentera gila kuasa ini. Admin yang saiz ala-alahai halus ini lagi lah menampakkan ke tidak yakinnya, tapi belum cuba belum tahu, bila dah merasakan akan kuasa dengan menunggangnya terus tak boleh lupa.

Model Triumph Rocket ini bukanlah  asing lagi bagi jenama Triumph, kerana mereka telah mengeluarkan Rocket 1. Rocket 2 dan terbaru Rocket 3 yang lebih moden dan ringan, walaupun saiz dia mengerikan.Ini adalah satu pengalaman menunggang ciptaan kelas serba baharu dengan kapasiti enjin terbesar yang pernah dihasikan pada mana-mana motosikal siri pengeluaran, dan angka tork terkemuka dunia yang tiada tandingannya yang menakjubkan 71% lebih tinggi daripada persaingan terdekat, dan lebih daripada Rocket generasi sebelumnya dengan lengkung tork yang luar biasa yang mencapai kemuncak pada 4000 rpm dengan tork maksimum sepanjang jalan melalui jarak pertengahan untuk memberikan pecutan dan tindak balas yang mudah dalam mana-mana gear.

Kuasa puncak ialah 167PS pada 6000 rpm (11% meningkat daripada generasi sebelumnya), 167PS /165 bhp (123 kW) @ 6,000rpm, 221Nm @ 4,000rpm. Rocket 3 baharu serius menawarkan tunggangan yang mendebarkan (dengan lebih kuasa daripada 3500 rpm rendah dan sehingga ke garis merah baharu yang lebih tinggi iaitu 7000 rpm), dan teknologi dan spesifikasi tertinggi yang pernah dilihat pada Roket.

Melihat saiz Tayar sahaja pun kita boleh merasakan bertapa gemuk motosikal ini dengan tayar hadapan 150/80 R17 V dan di belakang Tayar Belakang 240/50 R16 V..lebar tk boleh bawa bincang!!.Suspensi Depan Showa 47mm terbalik 1 1 forks hadapan kartrij, pemampatan dan pelaras lantunan. perjalanan 120mm. Di belakang pulak dilengkapi dengan suspensi belakang RSU takungan piggyback Showa boleh laras sepenuhnya dengan pelaras pramuat hidraulik jauh, perjalanan roda belakang 107mm.

Kalau dah sebesar dan enjin 2500 sistem brek kena lah padu!! dengan Cakera Dwi 320mm, Brembo M4.30 Stylema® 4-omboh jejari monoblok angkup, ABS dihadapan. Brek belakang cakera tunggal 300mm, Brembo M4.32 4-omboh angkup monoblok, ABS.

Paparan dan fungsi Instrumen  pelbagai fungsi TFT dengan meter kelajuan digital, komputer perjalanan, takometer digital, penunjuk kedudukan gear, tolok bahan api, penunjuk servis, suhu persekitaran, jam dan mod penunggang (Boleh dikonfigurasikan Hujan/Jalan/Sport/Rider) – Triumph Sistem Kesambungan TFT boleh ditambah dengan modul Bluetooth yang dipasang aksesori.

Yang menarik tentang Triumph Rocket 3GT ini selain kuasa enjin, adalah ketinggian tempat duduk 750 mm, mudah untuk kaki jejak ke lantai, walaupun jarak roda 1677 mm agak panjang.Paling mengejutkan walaupun sebesar ini berat Rokect ini adalah 294kg berat kering.Kapasiti tangki pula 18L, dengan  penggunaan bahan api 6.82 l/100km….erkk…Percaya lah dia dalam kelas tersendiri, anda akan terpegun dengan Rocket 3GT ini dan apa pun 2500cc bro bukan biasa-biasa. Bawa lah ke mana-mana pasti akan jadi tumpuan ramai sebab ianya bukan biasa-biasa.