Ride Amal Nur Ramadhan 2.0 Modenas bersama kelab MPOC D4CM dan MEDT

21 Jun 2019 – MODENAS bersama MODENAS Pulsar Owners Club (MPOC), Dominar 400 Club Malaysia (D4CM) dan Modenas Elegan Downtown  (MEDT) telah mengadakan lawatan amal ke Pusat Tahfiz Annur di Tanjung Malim dengan jentera terdiri dari model Pulsar, Dominar dan Elegance sebanyak 150 buah. Pada konvoi kali ini, MPOC telah berjaya mengumpul lebih 50 buah jentera Pulsar RS dan NS walaupun di dalam tempoh yang singkat. Hujan pada hari sabtu lepas juga tidak mematah semangat rider untuk menyertai konvoi bagi melepaskan gian setelah berakhirnya Ramadhan dan Aidilfitri.

Lawatan amal ini merupakan lawatan secara rasmi diantara MODENAS dengan ketiga tiga kelab tersebut bertujuan untuk beramah mesra dengan pemilik motor di bawah kelab jenama di bawah  MODENAS ini. Selain melakukan aktiviti kerja amal seperti mengecat dewan, aktiviti turut diselitkan dengan penyampaian   sumbangan dari MODENAS, MPOC, D4CM dan MEDT untuk  membantu Pusat Tahfiz AnNur yang di terima oleh Ustaz Abdul Aziz. Sumbangan MPOC disampaikan oleh Presiden MPOC saudara Amirul Solihin, dan alhamdulillah sumbangan MPOC berjumlah sebamyak Rm3000 menerusi sumbangan dari para rider MPOC menerusi akaun yang disediakan khas oleh Pn Norzazalena ( Wakil LADYBIKERS MPOC). Semasa penyampaian sumbangan tersebut, MPOC juga turut menyampaikan cenderahati kepada En Roslan Roskan, iaitu CEO Modenas.

MPOC juga telah diberi tanggungjawab oleh Modenas untuk mengetuai ride pada kali ini serta membantu mengawal keselamatan konvoi, bermula dengan ‘Lead Marshal’ iaitu En Amril Norman dengan marshal yang bertugas diketuai oleh saudara Sofian Akasah dan Mohd Ahtar serta dibantu oleh Saudara Tirmizi, Saudara Khairi Hussain (Sai) dan Presiden D4CM, Saudara Wan Botak.

Menurut presiden MPOC, “Aktiviti MPOC pada kali ini adalah untuk memberi sokongan kepada MODENAS menjalankan program CSR mereka disamping MPOC sendiri juga mengumpul sedikit dana untuk disampaikan kepada tahfiz. Apa yang paling utama adalah mengekalkan silaturahim antara rider MPOC serta membina hubungan baru dengan D4CM dan MEDT. Konvoi pada kali ini juga mendapat sokongan dari MPOC Perak dan MPOC Pahang yang turut hadir bersama.“Selepas ini akan ada lagi beberapa siri konvoi bagi mengekalkan ukhwah antara rider dan juga menyokong beberapa aktiviti MODENAS di masa akan datang.” kata En Amirul Solihin lagi.

Bagi mereka yang ingin terus menyumbang kepada tahfiz ini, sumbangan boleh di salurkan ke akaun Maybank TAHFIZ DAN ULUM AD DIN NUR RAMADHAN – 1580 8846 2815.

GALERI