Royal Enfield Hunter 350 bergaya dengan santai

Jenama Royal Enfield Hunter 350 kini telah tiba di Malaysia dalam dua varian, iaitu Metro Rebel dan Metro Dapper, dengan harga masing-masing RM22,200 dan RM22,000 tidak termasuk insurans. Apa yang menarik motosikal ini adalah harga dan rekabentuk retro begitu menarik nampak mudah tapi berfungsi untuk semua golongan untuk santai dan bergaya dengan fesyen mengikut kesesuaian masing-masing. Admin sempat membawa ke utara dari Kuala Lumpur ke Kampung Jahang Gopeng tempat , yang popular dengan “water rafting”, air terjun, jelajah gua dan banyak lagi kegiatan lasak di sana, kali ini admin sengaja untuk mencari kelainan dengan motosikal Hunter ini. 

Motosikal ini bukan untuk mereka yang jiwa kelajuan atau agresif, tapi bagi mereka yang berjiwa santai dengan gaya. Perjalanan melebihi jarak 100 kilometer tiada masalah untuk Hunter ini, jika melalui jalan pedalaman lagi menarik kerana anda selesa dengan susana sepanjang perjalanan. Pegalaman semakin seronok jika dapat bersama-sama sahabat dengan minat yang sama. Royal Enfield Hunter 350 yang pasti anda boleh serasikan di mana-mana juga perjalanan di bandar atau luar bandar, kena pula anda  mengayakan dengan pakaian yang sesuai dengan karektor motosikal ini mesti bertambah semangat  dan baru macam dalam filem.

Beza antara dua varian ini cuma pada warnanya, dengan Metro Rebel datang bersama tangki dua tona warna sementara Metro Dapper menggunakan warna yang tersendiri. Prestasi motosikal Huntr 350 tidak lah menghampakan lancar dan menarik dan juga suspensi ia cukup selesa. Untuk Hunter ini dengan brek Bybre sudah cukup untuk mengawal dan memberhentikan motosikal ini dengan yakin dan selamat. Motosikal Hunter ini  datang dengan rim aloi 17 inci (saiz 110/70 di hadapan dan 140/70 di belakang) dengan tayar tanpa tiub, brek cakera hadapan dan belakang serta meter gabungan digital dan analog seperti Meteor 350.

Motosika Hunter 350 ini dipacu oleh enjin satu silinder 349 cc dengan sistem suntikan bahan api elektronik serta penyejukan udara, ia digabungkan bersama transmisi lima kelajuan untuk menghasilkan 20 hp pada 6,100 rpm dan 27 Nm tork pada 4,000 rpm. Walaupun ia adalah enjin yang sama dengan Classic 350 dan Meteor 350, pemetaannya telah diubah, untuk kesesuaian motosikal Hunter ini.

Dibina sebagai sebuah motosikal yang serba mudah bagi pelbagai golongan, Hunter 350 turut datang dengan fork teleskopik di hadapan, dua penyerap hentak di belakang, sistem ABS two-channel, tinggi tempat duduk hanya 800 mm, tidak jadi masalah untuk penunggang Asia khasnya di Malaysia, tangki bahan api 13 liter serta di sediakan pengecas USB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *