Volvo XC90 T8 Recharge semakin terbaik dalam segmennya.

Sejak Volvo memperkenalkan model SUV mereka yang paling besar iaitu XC90, ianya telah memberikan satu saingan yang berbeza dengan jenama SUV yang lain terutama bagi mereka yang inginkan faktor keselesaan, keselamatan, kuasa dan ketahanan yang sememangnya terkenal dengan jenama ini. Kini generasi XC90 terbaru diteruskan dengan XC90 T8 Recharge. Dari bahagian hadapan memang nampak segak dan garang, hingga jika kita bawa di lebuhraya khasnya banyak kenderaan akan bagi laluan apabila nampak tiba-tiba sebuah Volvo XC90 ini dibelakang. Ini pengalaman admin sendiri yang terjadi selalu ketika dijalanraya, mungkin sebab saiz dan ingat kenderaan VIP yang banyak menjadi pilihan dalam kenderaan iringan pembesar negara khasnya. Jika anda sedang mencari kereta keluarga 7 tempat duduk yang bukan MPV, ini salah satu pilihan yang menarik Volvo XC90 2023. Dua varian tersedia untuk SUV Sweden ini iaitu B5 Ultimate berharga RM416,888, dan Recharge T8 Ultimate berharga RM432,888. 

Apabila melihat sahaja rekabentuk yang besar dan segak tersendiri dari XC90 dengan 7 tempat duduk ini, serta  kemewahannya. Ianya adalah lambang keselamatan dan kemewahan yang sepanjang masa, terutama keyakinan anda memandu ketika dijalanraya. Admin sempat menguji sehingga ke Utara, kebetulan sempena segmen automotif, perlancongan dan gaya hidup dengan kenderaan ini. Tapi sayangnya cuaca sebelah utara hujan agak lebat, banyak rancangan tergendala, hingga ke puncak Gunung Jerai, XC90 ini cermerlang mendaki walaupun ia agak lebar dan besar. ini terjadi terutama apabila diselekoh berselisih dengan kenderaan lain, ngeri!!. Kenderaan SUV amat sesuai untuk perjalanan jarak jauh , walaupun bukan setakat besar tapi perjalanan dengan keselesaannya buat anda tidak penat atau mengantuk ketika memandu cukup selesa. Ada ketika cuaca hujan terlalu buruk, ianya stabil  dan ciri keselamatan yang ada padanya membuatkan XC90 ini tak goyang beb!!..padu.

Sesuai dengan harga dan segmen sebuah SUV mewah Rm432,888.00, tidak hairan lak kenapa peminat yang benar-benar pernah memiliki jenama ini atau memandu XC90 ini akan faham. Keselesaan ketika memandu  sememangnya membuat anda cukup selesa. Dengan ruangan dalam yang luas dan kemas ianya  menambahkan suasana yang tenang didalam kabin Xc90 ini. Volvo XC90 juga telah memenangi anugerah TOP SAFETY PICK+ 2023 oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) di Amerika Syarikat. Menjadikan ianya pilihan untuk keluarga dan image perniagaan seorang yang berjaya.

Di bahagian luar pula Volvo XC90 telah mengemas kinikan XC90 T8 2023 dengan roda potongan berlian lima jejari 20 inci baharu, manakala di bahagian dalam, terdapat tiga pilihan kemasan dan upholsteri terdiri dari kulit Nappa hitam dengan kemasan Kelabu, Maroon Brown  kulit dengan kemasan linear, atau kulit Maroon Brown Nappa dengan kemasan Black Ash. Volvo juga telah mengemas kinikan sistem infotainment XC90 kini dikuasakan oleh Android Automotive OS.  Ciri seperti Peta Google dan YouTube kini boleh diakses terus dari skrin sentuh sembilan inci.  Sistem infotainmen pula adalah sistem bunyi 1,400 watt, 19 pembesar suara Bowers & Wilkins yang cukup menarik.
Antara lain yang terdapat adalah termasuk paparan, pad pengecas tanpa wayar, bumbung matahari panoramik, sistem penghawa dingin empat zon, tempat duduk baris kedua boleh dilipat, lubang penyaman udara belakang dengan pelarasan kelajuan dan suhu kipas, tempat duduk hadapan berkuasa dengan fungsi memori dan penggantungan udara . Suspensi udara dilengkapi dengan pelarasan manual dalam but, untuk menurunkan kereta supaya mudah dimuatkan.

Bagi sistem bantuan pemandu, XC90 T8 2023 menampilkan brek kecemasan autonomi dengan sokongan stereng, penjagaan lorong, pengurangan lorong yang datang, pemantauan titik buta dengan bantuan stereng, trafik silang belakang dengan bantuan brek, kawalan pelayaran adaptif . Volvo XC90 Recharge T8 Ultimate 2023 ialah sistem hibrid plug-in (PHEV) yang terdiri daripada enjin petrol 4-silinder pengecas turbo 2.0 liter dan motor elektrik untuk memacu kesemua 4 roda. Semasa enjin memacu roda hadapan, motor elektrik memacu roda belakang. Digabungkan, sistem hibrid menghasilkan 462 hp dan tork 709 Nm, ini membuatkan ianya kenderaan berkuasa dijalanraya.

Recharge T8 dilengkapi dengan transmisi automatik lapan kelajuan, dengan masa 0-100 km/j ialah 5.3 saat dan kelajuan tertinggi hanya 180 km/j.  Dinaik taraf daripada sebelumnya ialah bateri 18.8 kWj, meningkat daripada 11.6 kWj, untuk julat elektrik tulen sehingga 77 km.  Dengan pengecasan AC 3.7 kW, ia mengambil masa sehingga lima jam untuk mengecas sepenuhnya SUV.Selain ciri keselamatan yang dianugerahkan, XC90 Recharge menawarkan sehingga 77km (NEDC) atau 35 batu (EPA) pemanduan elektrik sepenuhnya dalam mod Pure

https://www.volvocars.com/my/cars/xc90-hybrid/?utm_source=enjindotcom&utm_medium=referral&utm_content=xc90_cta-link_review-articles&utm_campaign=my_xc90_consideration-appeal_2307_nameplates_other_10022-the-chase-brand&sourceapplicationinformation=my_x90_cap_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *