SHELL MALAYSIA DAN LIM TAYAR TELAH JALIN KERJASAMA

Shell Malaysia kini telah menjalin kerjasama dengan Lim Tayar, sebuah penyedia servis kereta bebas terkemuka di Malaysia, yang bakal mengubah lanskap penyelenggaraan kenderaan dengan menawarkan pengalaman yang lebih baik untuk para pemilik kenderaan yang menginginkan penyelesaian servis kereta terbaik.

Jalinan usahasama ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pemilik kenderaan yang membolehkan mereka menikmati servis kenderaan dengan alat ganti asli, berkualiti tinggi, selain menggunakan minyak enjin Shell. Pelanggan tidak perlu khuatir apabila menghantar kenderaan mereka di Pusat Servis Shell Helix yang diuruskan oleh pasukan professional bertauliah yang telah menjalani Latihan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3. Ini bagi memastikan semua penyelenggaraan kenderaan menepati piawaian kualiti yang tertinggi.

Perkhidmatan yang komprehensif yang ditawarkan kepada pelanggan termasuk pemeriksaan 17-titik percuma untuk kenderaan mereka. Pemeriksaan yang teliti ini meliputi aspek servis interim dan menyeluruh, melibatkan elemen penting seperti menukar minyak brek, palam pencucuh, bateri, tayar dan memeriksa transmisi minyak serta lain-lain lagi.

“Di Shell, kami sentiasa mencari peluang untuk memperluas perkhidmatan kami bagi menawarkan lebih banyak nilai untuk keselesaan pelanggan kami. Kerjasama yang terjalin ini dilihat mempunyai potensi yang besar dalam menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan kereta yang lebih baik dan berkualiti tinggi, termasuklah lain-lain keperluan kenderaan di Shell,” kata Seow Lee Ming, Pengurus Besar, Mobiliti Shell, Malaysia.

Lee Ming menzahirkan keyakinan beliau terhadap momentum kerjasama ini dengan berkata, “Kami komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan di Lembah Klang dan tidak lama lagi akan diperluaskan ke seluruh negara. Matlamat kami adalah untuk mebuka sehingga 30 Pusat Servis Shell Helix yang akan dioperasikan oleh Lim Tayar menjelang 2025, dalam memastikan perkhidmatan  berkualiti yang boleh diakses oleh lebih ramai rakyat Malaysia.”

Semasa majlis menandatangani kerjasama strategik, Clement Lim, Pengarah Urusan Bersama, CKL Group of Companies berkata, “Jalinan kerjasama merupakan sebahagian daripada teras jenama Lim Tayar, dan kerjasama dengan Shell ini telah mengukuhkan lagi kedudukan Lim Tayar untuk terus berkembang maju dan kekal relevan untuk pelanggan kami. Pelanggan kini juga boleh menikmati keselesaan dalam memilih pelbagai pilihan tayar, selain daripada minyak pelincir Shell yang terdapat di pusat-pusat servis ini.”

Melalui usahasama perniagaan yang strategik ini, Shell dan Lim Tayar kini mempunyai 5 Pusat Servis Shell Helix di sekitar Lembah Klang, dengan pusat servis pertama di SH Bangi 1, diikuti Shell Jalan 222 Petaling Jaya, Shell Jalan Cheras BT 12 1/2, Shell Jalan Cheras Batu 4 dan Shell Bandar Sri Damansara 3. Rakyat Malaysia kini boleh menantikan pembukaan 5 lagi pusat servis menjelang hujung tahun ini di Jalan Gasing PJ, SH Persiaran Sultan Ibrahim, Shell Shah Alam Seksyen 16, Shell Jalan Ampang KL Bound dan Shell Salak South. 

Sempena pelancaran ini, Shell dan Lim Tayar menawarkan pelbagai pakej eksklusif kepada pelanggan. Bagi setiap pembukaan pusat servis baharu, 5 pelanggan terawal akan menikmati promosi “Beli 1, Percuma 1’ untuk tayar terpilih setiap hari untuk 7 hari yang pertama.  

Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Servis Shell Helix yang dioperasikan oleh Lim Tayar, sila layari https://www.shell.com.my/motorists/inside-our-stations/shell-helix-oil-change.html