Skuter elektrik pintar berteknologi tinggi keluaran Blueshark kini tiba di Malaysia.

Blueshark, anak syarikat Sharkgulf Technologies Group dan pembekal skuter elektrik pintar yang tercanggih di dunia, secara rasminya telah merungkaikan skuter siri R Blueshark yang meliputi R1 dan R1 Lite, untuk pasaran Malaysia pada hari ini. Skuter elektrik pintar Blueshark R1 membawakan teknologi bateri yang telah dipaten, di samping ciri-ciri perintis dan pelbagai opsyen pemilikan bagi menganjak paradigma kenderaan elektrik di Malaysia.

Jin Chan, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (ASEAN), Blueshark Ecosystem Sdn Bhd berkata, “Skuter siri R Blueshark merupakan sebuah kemuncak dalam usaha kami untuk membawakan solusi-solusi yang lestari dan inovatif ke pasaran mobiliti urban. Berbekalkan teknologi penukaran bateri serta aneka teknologi perintis, kami sedang memperkenalkan sebuah produk yang lebih hebat, namun mampu milik, bagi meluaskan aksesibiliti skuter elektrik pintar untuk seluruh lapisan masyarakat. Visi kami adalah untuk mengubah kehidupan orang ramai, yakni dengan mengubah kaedah pengangkutan yang sedia ada, sambil memelihara kesihatan planet ini. Kami percaya bahawa Blueshark R1 memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan mobiliti urban hijau menerusi penerimagunaan kenderaan elektrik beroda dua (2WEV) secara massa.”

Blueshark juga telah merungkaikan hasil dapatan yang sulung bagi Program Rintis Blueshark, di mana 50 penunggang khidmat penghantaran barangan/makanan telah membawa pulang skuter elektrik pintar R1 untuk menguji keupayaannya selama satu bulan di jalan raya Malaysia, serta menguji rangkaian Blueshark BlueStation (Stesen Penukaran Bateri) di stesen-stesen Petronas yang terpilih. Program ini ingin mendemonstrasikan kebolehlaksanaan platform elektrik Blueshark bagi kaedah pengangkutan singkat dan ekosistemnya, sambil memperkasakan pelbagai jenis organisasi untuk mencapai matlamat rendah karbon masing-masing.

Ahmad Razlan bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif EP Manufacturing Bhd (EPMB) berkongsi, “Semakin kami menginjak naik daripada peranan kami sebagai pembuat peralatan kepada pemilik sebuah jenama, siri R Blueshark merupakan satu permulaan sahaja, dan kami mempunyai tanggungjawab untuk terus menginovasi dan memperbaiki produk-produk kami serta cara penghasilannya untuk memenuhi keperluan dunia yang kian berubah. Transformasi bermula dengan idea, namun, transformasi yang sebenar dan yang berkekalan hanya dapat direalisasikan dengan amalan kita, dan EP Manufacturing Berhad bersedia untuk mengelektrifikasi hari esok, demi kepentingan kita semua dan juga syarikat ini, yang ingin memperkasa pemain-pemain industri lain untuk mencapai sasaran ESG mereka.

“Saya juga ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas peluang yang diberikan kepada EPMB untuk memasuki arena EV, termasuk pasukan kerja kami di EP Blueshark atas keringat dan dedikasi mereka dalam membantu Blueshark mencapai aspirasinya. Kami berbangga untuk menyokong mandat kerajaan dalam menggiatkan penerimagunaan EV serta penyahkarbonan industri pengangkutan di Malaysia.”

Jeff Chong, Ketua Pegawai Eksekutif (ASEAN), Blueshark Ecosystem Sdn Bhd, menyatakan, “Kami percaya masa depan mobiliti urban akan berlandaskan kuasa elektrik, dan misi kami adalah untuk memastikan kaedah pengangkutan yang lestari dapat diakses oleh seluruh masyarakat. Blueshark akan meletakkan teknologi, kemudahan dan estetika EV yang terunggul dalam capaian seluruh lapisan masyarakat, sambil menyelamatkan planet ini.”

“Dan pastinya, menunjangi semua ini ialah skuter elektrik pintar R1 di samping BlueStations kami, yang dirumus untuk mengatasi isu waktu pengecasan yang membelenggu kenderaan elektrik, yakni dengan solusi penukaran bateri kami. Skuter elektrik pintar siri R Blueshark merupakan satu daripada banyak lagi produk yang kami akan perkenalkan kelak, dan kami yakin bahawa ia akan mencetus impak yang besar ke atas landskap mobiliti urban di dalam dan di luar Malaysia.”

Dengan skuter elektrik pintar Blueshark R1, penunggang dapat menikmati jarak operasi yang mengagumkan, iaitu sejauh 110km setelah dicas penuh (NEDC), dengan kelajuan tertingginya yang mencecah 80km/j, berserta puncak tork bernilai 201Nm. Skuter elektrik pintar ini dikuasakan oleh motor magnet tetap elektrik 5000w yang berkelajuan tinggi di samping dua pek bateri litium besi fosfat (LFP) yang boleh ditukar ganti dengan segera di mana-mana stesen penukar bateri Blueshark (BlueStation) atau dicas penuh dalam tempoh 3.5 jam. Disediakan dengan lima mod tunggangan yang meliputi Walk Assist Mode (WAM) dan mod-mod Turbo, Blueshark R1 juga lengkap dengan sistem operasi pintar ArkRide®, dengan sambungan Bluetooth, navigasi GPS, pemain media, pengemaskinian OTA, perakam tunggangan dan banyak lagi, melalui papan pemuka HD IPS berwarna 10.4” yang mesra pengguna.

Untuk menaik taraf aksesibiliti ke atas mobiliti urban hijau buat seluruh rakyat Malaysia, skuter elektrik pintar Blueshark R1 akan ditawarkan bersama pelbagai opsyen pemilikan, ia termasuk pembelian terus di samping pakej-pakej langganan yang menarik bagi skuter elektrik pintar ini dan juga pek bateri yang boleh ditukar ganti.

Harga dan Pelan Langganan Skuter Siri R Blueshark

Pakej Pembelian (Kenderaan sahaja)             

(atas jalan, tanpa insurans dan dengan pengecualian SST)

Blueshark R1               RM 9,390                                             

Blueshark R1 Lite        RM 7,190                                             

Termasuk 1 pengecas + 2 sangga pengecas, 1 kunci Bluetooth

Bayaran tambahan sebanyak RM 79 sebulan untuk sewaan dua pek bateri

Pakej Sewaan Korporat (Kenderaan dan bateri)

(atas jalan, dengan pengecualian SST, termasuk penyelenggaraan berjadual dan penggantian bahagian haus-dan-terhakis)

Blueshark R1               RM 547 sebulan

Blueshark R1 Lite        RM 487 sebulan

Termasuk 2 bateri, 1 kunci Bluetooth dan kad Sim

Kit pengecasan rumah opsyenal dengan deposit boleh dikembalikan RM250

(pelanggan perlu memilih pelan langganan bateri BlueSwap untuk melengkapkan sewaan skuter siri R)

Pelan Langganan Bateri BlueSwap

– BlueSwap Lite (RM 59/sebulan, sebanyak 36 pertukaran bateri)

– BlueSwap Standard (RM 99/sebulan, sebanyak 70 pertukaran bateri)

– BlueSwap Pro (RM 139/sebulan, sebanyak 120 pertukaran bateri)

– BlueSwap Flex (RM 1.95, bayaran mengikut pertukaran)

Jika anda ingin mengetahui bagaimana Blueshark sedang merevolusi mobiliti urban hijau di Malaysia, sila layari www.blueshark.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *