HONDA MALAYSIA BAKAL LANCARKAN 4 MODEL BAHARU PADA 2023

Honda Malaysia (atau Syarikat) mengorak langkah pada 2023 dengan pelancaran 3 Model Serba Baharu dan 1 Model Baharu. Dengan hala tuju bisnes yang strategik untuk 2023, Honda Malaysia menetapkan sasaran jualan 80,000 unit dengan 12.3% bahagian pasaran. Satu daripada model yang akan menyusuri jalan raya di Malaysia adalah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kecil pertama daripada Honda yang dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga 2023. Sejurus pelancaran, Honda Malaysia akan menjadi pengeluar pasaran besar dari Jepun yang pertama menyertai segmen SUV Kecil. Dengan penawaran yang komprehensif termasuk rekaan berani dan menyerlah, teknologi canggih, praktikaliti dan keselesaan, SUV Kecil itu adalah teman sempurna untuk golongan profesional muda serta mereka yang berkeluarga yang gemarkan aktiviti lasak dan pengembaraan.

Presiden dan Ketua Pengawai Operasi Honda Malaysia, En. Sarly Adle Sarkum berkata,“2023 merupakan tahun pencapaian terpenting untuk kami di mana Honda meraikan ulang Maklumat Akhbar 2 HONDA MALAYSIA BAKAL LANCARKAN 4 MODEL BAHARU PADA 2023 Embargo sehingga 20 Mac 2023 @ 10:00 PAGI MYT tahun ke-75. Meneruskan semangat ‘Challenging Spirit’ yang telah dipupuk dalam diri kami sejak penubuhan syarikat, Honda Malaysia berusaha untuk meningkatkan momentum pada tahun ini menerusi pelancaran model-model baharu dan aktiviti pemasaran yang lebih giat. Untuk terus memperkasakan identiti teras dan keberadaan jenama dalam industri, kami memfokuskan tiga kunci utama dalam model-model kami iaitu Teknologi Canggih, Tawaran Premium dan Penampilan Bergaya. Gabungan tiga kunci ini menjadikan model-model akan datang lebih unik dalam pasaran dan menaikkan status mereka dalam segmen masing-masing.

Tambahan lagi, Honda Malaysia akan memperkasakan teknologi hibrid dalam pasaran Malaysia. Honda merupakan perintis dalam memperkenalkan teknologi hibrid di negara ini 19 tahun lepas. Sejak itu, teknologi tersebut telah berkembang dengan ketara, bermula dengan Integrated Motor Assist (IMA) sehingga Sport Hybrid i-DCD, dan kini kami mengambil selangkah ke hadapan dengan teknologi e:HEV.” Tambah En. Sarly, “Elektrifikasi ialah trend global dan masa depan mobiliti untuk industry automotif. Oleh itu, Honda juga meningkatkan pembangunan kenderaan elektrik (EV) kami secara progresif. Honda percaya teknologi hibrid ialah pendekatan yang terbaik buat masa ini, terutamanya di Malaysia. Kami mahu memastikan keperluan rakyat Malaysia dipenuhi dengan teknologi praktikal dan relevan sebelum mengadaptasi kepada EV sepenuhnya.” Selaras dengan usaha untuk menambah baik pengalaman pengguna, Honda Malaysia akan memperkenalkan Hentian 2S (Servis dan Alat Ganti) dan mempromosikan aktiviti selepas jualan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan.

Syarikat itu juga sedang menambah baik sistem Honda CONNECT yang menampilkan ciri Keselamatan, Sekuriti dan Keselesaan. Honda Malaysia bakal memperkenalkan Honda CONNECT untuk model-model lain sebagai tambahan kepada City RS, City Hatchback RS, Civic RS, Civic e:HEV RS and HR-V e:HEV RS bagi membolehkan pelanggan menikmati pelbagai fungsi yang tersedia dalam sistem. Platform HondaTouch akan dinaik taraf untuk menambah mutu pengalaman kepada pelanggan Honda dengan menjadikannya lebih mudah diakses. Ini merupakan sebahagian usaha Honda untuk memperkasakan pengalaman digital pelanggan Honda dan menggalakkan lebih banyak amalan mampan. 3 HONDA MALAYSIA BAKAL LANCARKAN 4 MODEL BAHARU PADA 2023 Embargo sehingga 20 Mac 2023 @ 10:00 PAGI MYT Ditunjangi oleh “Challenging Spirit”, Honda Malaysia telah menjual 80,290 unit tahun lalu, mencatatkan kenaikan sebanyak 51% daripada jumlah jualan pada 2021. Ini menjadikan jumlah jualan Honda Malaysia mewakili 11.1% daripada Jumlah Keseluruhan Industri (Total Industry Volume) pada 2022.

Syarikat itu juga mengekalkan kedudukan nombor 1 dalam Segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional untuk tahun kesembilan berturut-turut. Syarikat merakamkan penghargaan kepada pelanggan Honda dan Kerajaan Malaysia untuk sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam kepercayaan terhadap jenama Honda. Honda Malaysia menekankan bahawa Syarikat itu terus berusaha untuk memenuhi tempahan dan memastikan penghantaran tepat pada waktunya untuk model-model baharu, meskipun menghadapi cabaran kekurangan semikonduktor global. Pada masa yang sama, Syarikat akan terus melangkau batasan dan memperkenalkan teknologi yang menambah baik mobility bagi mempertingkatkan kehidupan dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *