Tag: honda CR-V

CR-V BAHARU MENINGKATKAN ARAS SEGMEN SUV DENGAN GAYA DAN CIRI YANG TERSERLAH

Petaling Jaya, 5 November 2020 – Honda Malaysia (atau Syarikat) sekali lagi merancakkan pasaran automotif negara dengan pelancaran Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) versatil – CR-V Baharu. Tempahan untuk CR-V Baharu ini telah dibuka pada Oktober lalu dan ia pantas meraih tempahan yang menggalakkan sebanyak 600 unit dalam tempoh hanya sebulan.