Teratak Tok Alang

Selepas sarapan tadi, Unkel dan Boy Budin sempat melawat sebuah tapak perkhemahan yang diberi nama “inTeratak Tok Alang”. Tapak perkhemahan ini sebenarnya sebuah dusun buah-buahan kepunyaan orang persendirian. Ianya terletak di Kampung Hulu Rening, Batang Kali, Selangor, kira-kira sejam perjalanan dari ibukota Kuala Lumpur.

Sewa yang dikenakan adalah mengikut bilangan khemah. RM20 bagi setiap khemah. Murah tu!!! Biasanya tapak perkhemahan mengenakan caj mengikut kepala tapi di Teratak Tok Alang, caj yang dikenakan adalah mengikut bilangan khemah. Kalau khemah tu muat 4 orang, caj yang dikenakan hanya RM20 sahaja! Murah sangat!!!

Tapak perkhemahan ini basic sahaja. Ada 2 bilik air, tiada kemudahan elektrik disediakan. Very basic! That’s nature!!

Kualiti air sungai, Unkel bagi rating Triple A!!! Jernih dan bersih sekali air sungai disini. Agak cetek untuk orang dewasa tapi kanak-kanak pasti gembira bermain di sungai cetek ini. Tenang dan damai sekali bila duduk di dangau yang dibina di tebing sungai ini. Hilang segala stress!!!

Hasil dari risikan Unkel tadi, musim buah di kawasan ini adalah pada bulan Julai 2021 nanti. Mengikut Tok Alang, pelanggan boleh makan sebanyak mana buah-buahan yang ada di dusun ini dan bayaran yang dikenakan hanya RM20 seorang. Dusun ini ada pokok durian, manggis, rambutan dan duku. Unkel dah catit dalam kalendar 2021, bila musim buah tiba nanti, Unkel akan camping disini.

Kepada peminat camping, sudi-sudi lah mencuba tapak perkhemahan Teratak Tok Alang ini.