TRIUMPH MOTORCYCLES PENANG DAN PELANCARAN STREET TRIPLE 765 MOTO2 EDITION

Triumph Motorcycles Malaysia menerusi DIDI Group hari ini telah merasmikan cawangan mereka di Pulau Pinang menerusi rakan pengedar, GB Motorcycles. Triumph Motorcycles, jenama terkemuka dalam arena motosikal, dengan bangganya mengumumkan pembukaan Triumph Motorcycles Penang, pusat pameran lanjutan pertama mereka melalui strategi rangkaian baharu di wilayah Utara Malaysia.

Street Triple 765 Moto2 Edition sebagai perintis dunia motosikal, Triumph Motorcycles hari ini telah  melancarkan Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition. Model baharu ini mencerminkan gabungan terbaik antara jentera berprestasi tinggi dan sejarah perlumbaan Moto2. Terhad kepada 765 unit, Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition ini menampilkan spesifikasi tertinggi pernah ditawarkan pada model Street Triple. Ini merupakan bukti terhadap usaha Triumph dalam mengejar kecemerlangan di samping komitmen dalam menghasilkan motosikal yang menentukan petanda aras jentera berprestasi tinggi. Model edisi Moto2 ini menggabungkan kuasa dan tork daripada varian RS lalu mengangkat ke tahap lebih tinggi. ‘Handlebar’ yang unik dan fork boleh laras dari Öhlins menjaminkan tunggangan yang lebih fokus tidak kira di litar mahupun jalan raya.

Dengan semangat perlumbaan Moto2, Street Triple 765 Moto2 Edition ini menawarkan panel badan gentian karbon yang bukan sahaja meningkatkan ciri aerodinamik malah turut menambah elemen canggih. Lencana Moto2 yang dipaparkan pada panel badan juga secara langsung menyerlahkan elemen perlumbaan. Jentera edisi Moto2 ini tampil eksklusif dengan skrin permulaan unik. Setiap unit datang dengan nombor siri khas bagi menekankan status sebagai model edisi terhad sekaligus membuatkan semua pemilik menjadi sebahagian daripada komuniti yang eksklusif. Triumph Motorcycles menjemput para penunggang dan peminat motosikal untuk sama-sama mengalami pengalaman terbaik dengan Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition. Motosikal ini melambangkan gabungan sempurna antara kuasa, prestasi dan gaya sekaligus menawarkan pengalaman menunggang tiada tandingan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *