VOLVO C40 RECHARGE PURE ELECTRIC PERJALANAN BALIK RAYA.

Pasaran dunia kenderaan EV sekarang sudah mula melangkah menunju ke arah kenderaan elektrik sepenuhnya dan boleh dikatakan hampir semua pengeluar kenderaan sudah ada mengeluarkan model EV mereka sendiri yang telah dipasarkan atau masih dalam ujian tertentu, hakikatnya ianya sedah rancak dipasarkan dengan pantas.

Salah satu jenama yang terkenal dengan ciri keselamatan berkualiti pembuatan kenderaannya yang dikeluarkan adalah jenama Volvo. Admin telah berpeluang merasai sendiri prestasi dan memandu kepengunaan yang mana adakah ianya sesuai untuk kegunaan harian kita yang sudah biasa dengan kehidupan kenderaan petrol dan desiel. Adakah sesuainya benar-benar sesuai untuk perjalanan jarak dekat atau jauh terutama di dalam bandar dan luar bandar. Kebetulan di musim perayaan seperti biasa kebanyakkan jalanraya utama akan  penuh sesak dengan kenderaan hendak pulang beraya. Ini amat menakutkan sebenarnya untuk sebuah kenderaan EV, tambahan untuk mereka tidak biasa dengan kenderaan EV seperti C40 ini. Bagi penguna kenderaan petrol atau diesel sudah tentulah biasa dan boleh merancang perjalanan jauh ke mana-mana destinasi pun. Kita sedia maklum di mana stesen untuk mengecas kenderaan elektrik ini telah mula berkembang pesat di bandar-bandar besar terutamanya dan sepanjang di lebuhraya utara selatan di Malaysia ini. Sebenarnya kita tidak tidak didedahkan dengan kenderaan EV ini secara menyeluruh, tidak perlu risau akan masalah ini, cumanya kena tahu dan merancang perjalanan anda, setiap kali hendak memulakan perjalanan.

Bebalik kepada model Volvo ini yang mana ianya telah dilancarkan untuk model elektrik sepenuhnya seperti  XC40 dan kemudiannya terbaru Volvo C40 Recharge Pure Electric yang lebih menarik dan sporty. Secara asasnya kedua-dua model ini adalah sama. Volvo C40 EV dibekalkan dengan kuasa bateri 400-volt berkapasiti 78kWh. Ia dapat menghasilkan kuasa 402hp dan 660Nm tork yang di hantar terus ke semua roda melalui dua motor elektrik tanpa  ada halangan. Kenderaan EV ini meluncur seolah ianya meroket pergi. Bagi sebuah SUV coupe yang betul-betul membuat anda teruja dengan kuasa yang dihasilkan setiap kali anda memandu, kena banyak bersabar apabila menekan pedal, jika tidak boleh lupa diri. Dengan kuasa sebanyak 408hp dan 0-100 dalam 4.7 saat, ia ibarat semua kenderaan sportcar yang meluncur dengan cepat, terutama di lampu isyarat dan selepas membayar tol.T erasa akan keupayaan kenderaan ini pergi dengan pantas.

Untuk sebuah Volvo C40 ini bagi untuk kegunaan harian didalam bandar ianya amat sesuai dengan mudah dan jimat. Ketika admin membawa pulang dari Bangunan Volvo Petaling Jaya dengan 100% bateri ketika itu. C40 ini dapat menghabiskan beberapa urusan di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam, walaupun ketika itu jalanraya sesak teruk teruk waktu orang ramai balik kerja dan ada yang mungkin sedang membeli belah saat akhir untuk persediaan Hari Raya. Dengan baki paras bateri ketika itu hanya tinggal 25% agak merisaukan ketika itu. Akan tetapi disekitar Kula Lumpur tidak merisaukan tempat untuk cas agak banyak dan ada dimana-mana.

Bahagian ruang dalaman ia cukup luas dan selesa cuma di bahagian penumpang belakang kedudukan kerusi agak menegak, sama seperti XC40 sebelumnya ini memberikan sedikit kurang selesa untuk perjalanan jauh. Ruang penyimpanan barang dibahagian belakang kecik sedikit dari XC40 kerana bahagia bumbung atas telah direndahkan untuk memberikan rekabentuk coupe yang sporty untuk sebuah SUV Coupe. Admin rasa mungkin ianya antara tercantik untuk sebuah SUV Coupe yang ada dipasarkan. C40 ini tidaklah nampak keterlaluan rekabentuk berbanding jenama yang standing dengan ia. Apa yang menarik juga adalah di bahagian hadapan terdapat ruang penyimpanan untuk barangan yang  sederhana,  amat berguna terutama jika risau barang yang anda bawa boleh manganggu kabin dengan bau, pihak Volvo bijak mengunakan ruang ini.

Untuk jarak luar bandar admin telah cuba merasai sendiri perjalanan balik kampung dalam musim perayaan ke Ipoh untuk jarak melebihi 250km yang jauh bagi sebuah kenderaan EV ini walaupun ada yang boleh memandu lebih jauh lagi dengan jayanya. Dalam spesifikasi C40 ini boleh 450km untuk sekali cas penuh, anda tak perlu risau. Bagi melihat pengunaan elektrik, pengendalian dan kesesuaiannya disepanjang jalanraya khasnya di bandar Ipoh terutama untuk mencari tempat mengecas kembali EV ini di  sepanjang pengunaan ia selama 3 hari. Volvo C40 turut dilengkapi dengan Google Maps binaan dalam yang diintegrasikan dengan fungsi kereta yang dapat mambantu pemandu untuk merancang perjalanan terutama untuk mengecas kembali kapasiti bateri. Apabila kita menetapkan destinasi yang dituju, Google Maps akan menunjukkan paras bateri berbaki berapa yang tinggal. Untuk perjalanan admin ke Ipoh menujukkan baki bateri sebanyak 90% tinggal ketika itu sebelum memulakan perjalanan bila sampai di Ipoh baki kurang 20% boleh berpeluh juga, jika tak biasa. Cuma admin tak berani ambil risiko berhenti di R&R Tapah untuk isian tambahan ketika itu paras bacaan bateri sebanyak 55%, sebabnya leka memandu kerana sedap tekan pergi. Kebanyakan masa semasa mengecas C40 di pengecas pantas DC berkapasiti 60kW di adalah yang terbaik masanya kerana lokasi pengecasan yang lain hanya menawarkan kapasiti sekitar 20kW atau 30kW sahaja yang memakan masa yang lama.Kadar bayaran pengecas juga bergantung kepada operator penyedia perkidmatan mesin pengecas itu sendiri. Ada diantara sekitar RM0.80 setiap minit, RM1.20 hingga RM1.60 seminit, ada juga stesen pengecas ini yang menawarkan kadar mengikut kW. Apa pun, pengecas EV masih mengamalkan pasaran terbuka, jika ia dikawal dengan kadar harga yang lebih terkawal dan berpatutan mungkin lebih mesra penguna.

Di lebuh raya, penulis cuba tetapkan Adaptive Cruise Control pada 110km/j kerana lebih dari itu, ia tidak begitu cekap pengunaan elektrik. Kebanyakan EV kurang efisyen pada kelajuan tinggi ini memandangkan tiada kotak gear untuk mengawalnya. Kenderaan EV hanya bergantung pada motor elektrik yang beroperasi dalam keadaan ‘direct drive’. Kenderaan EV sangat sesuai dalam pengunaan di kelajuan rendah tidak pada di kelajuan tinggi, jika tidak kita akan sedar-sedar paras kuasa bateri hilang dengan cepat. Ini adalah cabaran untuk anda mengawal nafsu berhadapan dengan jentera yang mampu mengeluarkan kuasa 402hp dan 660Nm sebaik lampu isyarat bertukar hijau, ia masih jimat, kerana kebiasaan kelajuan tidak terlalu tinggi berbanding ketika di dalam bandar. Masalahnya apabila di lampu isyarat atau selepas selesai melepasi palang tol, ianya memang mainan sebuah kenderaan EV seperti Volvo C40 ini abis semua kenderaan lain sayup dia tinggalkan padu!!. Untuk kegunaan di leburaya kelajuan sehingga antara 80km/j – 110km/j adalah yang sesuai menjimatkan untuk sampai ke mana-mana destinasi mengikut jarak melebihi 200km, bagi untuk memotong, kelajuan pada 125km/j dah cukp memandai lebih pada itu sedia lah anda berhadap menunggu untuk cas kembalik di stesen EV yang berhampiran, Jika ada? berpeluh yob!!.

Apa pun bagi mereka yang untuk mengunakan kenderaan ini jarak jauh, ada baiknya merancang dahulu perjalanan anda dengan melihat di mana adanya trdapat tempat untuk mengecas kembali elektrik dengan mudah dan selesa tanpa masalah menunggu lama atau lebih teruk berhadapan tiada perkhidmatan stesen cas disediakan, ini lebih parah dan menakutkan. Bagi sebuah kenderaan pemanduan EV adalah agak terbalik dengan kereta berenjin petrol. Di mana sebuah kenderaan EV tidak risau jika anda tersekat dalam kesesakan berjam-jam seperti admin kena ketika balik dari Ipoh ke Kuala Lumpur tempoh hari, ini  kerana motor elektrik tidak bergerak, dan tidak mengunakan elektrik dengan banyak berbanding kereta petrol yang tetap membakar bahan api semasa kereta tidak bergerak, terutama didalam kesesakan jalanraya.

Penguna wajib ada aplikasi stesen EV  yang dapat membantu memberikan info di mana terdapat stesen pengecas yang disediakan disepanjang destinasi yang akan anda rancang dan di tuju. Secara keseluruhan C40 ini masih baru untuk penguna di Malaysia kita kena terima untuk biasakan.Ianya sebuah SUV yang seronok dipandu dengan senyap dan lancar. Penguna kena ada dahulu kenderaan elektrik sendiri untuk biasakan dan faham akan  teknologi baru yang kita semua kena terima tidak lama lagi.Teknolgi EV ini laju dipasaran didunia masa kini, hendak tidak kita semua kena juga hadap dan terima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *