BMW Group Malaysia Mempersembahkan Pelbagai Tawaran Eksklusif di Malaysia Autoshow 2023.

BMW Group Malaysia mempelawa para pelanggan untuk meneroka portfolio kenderaan mewahnya menerusi pelbagai promosi eksklusif di Malaysia Autoshow 2023 (MAS 2023) dari tanggal 4 hingga 7 Mei.

Eksklusif untuk tempahan yang dibuat di MAS 2023, orang ramai boleh mendapat tawaran Ansuran Bulanan sehingga 30% lebih rendah, perlindungan Insurans Motor Komprehensif BMW percuma selama 1 tahun atau BMW Wallbox. Para pelanggan juga berpeluang untuk menikmati penjimatan sehingga RM10,000 serta Inklusif Servis BMW dengan liputan 6 tahun/120,000km.

Selain itu, BMW Group Malaysia menawarkan tawaran istimewa untuk BMW iX1 yang sulung. Bagi setiap unit yang ditempah dalam talian melalui shop.bmw.com.my di MAS 2023, para pelanggan akan layak untuk menyertai sebuah peraduan Cabutan Bertuah, lalu berpeluang untuk memenangi baucar pelancongan bernilai sehingga RM10,000 di samping baucar BMW Lifestyle Collection dan aksesori bernilai RM5,000.

Pengunjung dijemput untuk meneroka portfolio kenderaan baharu BMW serta model premium lain pada MAS 2023 sehingga 7 Mei di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) bermula 10 pagi hingga 10 malam, serta berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik dan eksklusif.

Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh mengunjungi pengedar sah BMW pilihan mereka sehingga 14 Mei untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi yang disebutkan. Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Instagram atau Facebook BMW Group Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *