VOLVO XC60 T5 MENAWAN HATI

Sebagai penulis dan penguji pandu kenderaan di Enjindotcom, saya amat berbesar hati baru-baru ini kerana Volvo Malaysia telah sudi memberi peluang pada kami untuk memandu uji model-model SUVnya.

Dalam barisan model SUV Volvo, XC60 terletak sebagai pilihan pertengahan diantara XC90 dan XC40, semuanya berkongsi ciri dan bentuk asas.

Kerana terletak antara anak sulung dan anak bongsu, XC60 menawarkan kelebihan yang terdapat pada XC90 tetapi pada badan dan harga jualan yang tidak sebegitu besar, tetapi lebih besar dari XC40.

Berbeza dengan XC40, XC60 juga mempunyai rekabentuk yang seakan-akan bentuk XC90 yang berskala kecil.

Rupabentuk XC60 sesuai dengan permintaan di Malaysia kerana pasaran dan minat pengguna pada kenderaan SUV semakin meningkat, justeru itu syarikat pengeluar kereta harus mereka sebuah SUV yang ranggi dan kontemporari untuk mendapat perhatian.

Pada mulanya, saya berasa agak kekok kerana tak menyangka saiznya yang agak lebar, tambahan pula bila di letakkan disebelah kenderaan lain yang bersaiz biasa.

Tetapi tugas lebih penting dari perasaan saya pada waktu itu, oleh itu saya terus membiasakan diri dengan tempat duduk dan beredar ke Melaka, tempat yang menjadi destinasi percutian untuk merasai kelebihan pemanduan sebuah SUV dari jenama terkenal Sweden ini.

Volvo XC60 memang selesa bagi sebuah SUV dengan sudut pandangan hadapan yang jelas dan tempat duduk yang selesa yang menambah kepada pengalaman pemanduan yang menarik. Sistem gantungan Volvo XC60 ini cukup meyakinkan dan selesa lebih-lebih lagi di permukaan jalan yang tidak rata.

Untuk perjalanan jarak jauh pula, pemandu dan penumpang merasa cukup selesa di dalam Volvo XC60 ini. Rata-rata orang ramai dan peminat Volvo yang melihatnya kagum dengan reka bentuk Volvo sekarang, lebih mantap. Keselesaan bagi penumpang belakang menjadi keutamaan di sepanjang perjalanan.

Walaupun jarak dan masa yang sempat diuji Volvo ini hanya sekitar Melaka, tapi pengalaman memandu XC60 ini membuat kita rasa selamat dan selesa ditambah pula kuasa enjin yang boleh diguna bila-bila masa. Kerusi pemandu yang selesa serta kedudukan penglihatan kenderaan SUV ini sememangnya terbaik tinggi dan bertambah yakin dalam pemanduan. Jika dilebuhraya terbuka sistem suspensi XC60 ini tidak menduka citakan keselesaannya, hingga kita tak sedar jarum meter semakin bertambah kelajuannya.

Sedia maklum Melaka bila hujung minggu kesesakkan dan lampu isyaratnya sentiasa menyimpan kenangan.Admin hampir tersalah jalan akibat silap melihat Waze..termasuk lorong kedai yang sempit di Melaka, walaupun lebar sterengnya ringan dan mudah mengawal setiap sudut dengan yakin. Perjalanan ke ikan bakar di Muara Sungai Duyung dan Crystal Bay sememangnya menarik.

Bagi penumpang belakang admin sengaja bawa penumpang untuk mendapat pandangan secara langsung akan keselesaan duduk dibelakang, hasilnya 70% mengatakan selesa.Dengan dalamannya yang kemas dibaluti kulit disetiap kerusinya membuat ia sungguh mewah.

Satu pekara yang kita tak sangka setiap kali meletakkan kereta pasti ada orang menegur akan Volvo ini, menunjukkan rekabentuknya boleh membuatkan orang ramai berpaling untuk melihat.Untuk suatu perjalanan jauh ia sememangnya terbaik sungguj selesa untuk sebuah SUV, untuk pemanduan harian ke bandar besar yang sesak admin rasa kena biasakan dengan saiznya yang lebar.

Volvo XC60 T5 ini adalah varian bukan hibrid, yang mana ia diperkenalkan selepas T8. Bagaimana pun ianya berbeza dari segi seperti  kuasa, angka prestasi, peralatan dan tentu saja harganya.

Volvo XC60 T5 ini dikuasakan oleh enjin turbocharged  2.0 liter sama seperti T8, dengan 254hp dan 350Nm.Dengan  menyalurkan penghantaran yang sama, iaitu automatik 8 kelajuan.

Pada luaran, XC60 ia memakai lampu palu Thor marque, gril depan besar dan berkilat, semua ini menjadikannya penampilan kereta agak kemas.

Dengan saiz roda 18 inci ianya seolah masih kecil  pandangan keseluruhan dan kelihatan nampak tak cukup daripada saiz yang sebenarnya.

XC60 T5 yang kami bawa ini dilengkapi dengan  standard  pakej pencahayaan dalaman, pintu masuk dan pemanduan tanpa kunci, Kawalan Iklim Elektronik 2-zon (ECC) dengan sistem kualiti udara dalaman Zon Bersih, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (iTPMS), dan bonet automatik.Sememangnya lengkap dengan segalanya.

Sistem multimedia ialah “Sensus Connect” dengan paparan skrin sentuh 9 inci dan sistem audio prestasi tinggi berwayar 10-speaker.

Ia juga didatangkan dengan port USB, sambungan Bluetooth serta Apple CarPlay dan Android Auto menarik bukan?.

Harga untuk Volvo XC60 T5 ialah RM298,888 dan untuk apa yang ada pada keseluruhan kereta ini, harganya adalah murah dan ianya praktikal, pemanduan yang baik, dan bahan api yang cekap. Penggunaan bahan api purata ialah 12.8 km / liter.

Sekiranya anda inginkan sebuah SUV premium bersaiz sederhana, tidak mahu dilihat dalam barangan jenama kebiasaan serta berlainan, maka XC60 T5 ini adalah kesederhanaan yang sempurna.

GALERI