HARLEY-DAVIDSON PERKUKUHKAN KEHADIRAN MEREKA DI MALAYSIA DENGAN WAKIL PENGEDAR YANG BAHARU DI PULAU PINANG

Pulau Pinang, Malaysia – (16 Mac, 2019) – Pengeluar motosikal Amerika Syarikat, Harley-Davidson Motor Company, telah mengumumkan pelancaran semula rasmi wakil pengedar rasmi mereka di Pulau Pinang pada hari ini – Harley-Davidson® Pulau Pinang. Bersama dengan Harley-Davidson Melaka dan Harley-Davidson Petaling Jaya, Harley-Davidson Pulau Pinang akan memperkukuhkan lagi komitmen jenama berkenaan dalam memperluaskan lagi kehadiran mereka dan memperkasakan lagi jaringan pengedarannya dalam pasaran yang sedang membangun ini.

GB Motorcycles Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai pengendali baharu Harley-Davidson Pulau Pinang, yang mana ianya merupakan satu kerjasama antara Goh Brothers Group (kumpulan peruncit automotif) dan Kheoh Hock Seng (pakar motosikal premium di Pulau Pinang). Para pemilik dan penunggang dari seluruh negara, Encik Goh Kian Sin, dan Encik Kheoh Hock Seng, Pengarah-Pengarah syarikat, bersama dengan Encik Koh Jyh Woei, Pengurus Rantau di Harley-Davidson Asia Emerging Market, telah menghadiri majlis pelancaran ini.

Encik Johan Kleinstuber, Pengarah Urusan Harley-Davidson Asia Emerging Market, “Dengan komitmen kukuh terhadap pasaran Malaysia sejak 2008, Harley-Davidson telah menumpukan sepenuh perhatian dalam membangunkan komuniti yang boleh dipercayai buat para peminat motosikal tempatan serta membangunkan sebuah jaringan pengedaran yang kukuh di seluruh negara. Bagi kami, wakil pengedar rasmi kami adalah amat penting kerana mereka adalah teras dalam menawarkan keseluruhan pengalaman permotosikalan Harley-Davidson premium secara sepenuhnya buat para pengguna. Kami berasa teruja dapat bekerjasama dengan GB Motorcycles Sdn. Bhd., dan akan bekerjasama secara rapat dengan mereka bagi membolehkan lebih ramai penunggang untuk menikmati jenama Harley-Davidson dan melahirkan penunggang Harley-Davidson generasi yang seterusnya”.

“GB Motorcycles Sdn. Bhd. berbangga menjadi salah sebuah rakan kerjasama Harley-Davidson yang dipercayai di Malaysia. Harley-Davidson Pulau Pinang akan menawarkan keseluruhan rangkaian motosikal Harley-Davidson, alat ganti tulen untuk pengubahsuaian motosikal, pakaian berjenama dan kelengkapan menunggang, serta perkhidmatan selepas jualan yang terbaik. Kami tidak sabar untuk menyediakan buat para pengguna dan peminat tempatan dengan akses yang lebih hebat bagi menikmati pengalaman pembelian Harley-Davidson yang ikonik, dan membangunkan komuniti permotosikalan yang aktif di utara Semenanjung Malaysia”, ujar Encik Goh Kian Sin, Pengarah GB Motorcycles dan Didi Resources (pengedar tunggal dan pengimport Harley-Davidson di Malaysia).

Bersempena dengan majlis pelancaran ini, wakil pengedar rasmi berkenaan dengan bangganya telah menyerahkan unit pertama di Malaysia bagi model MY19 Tri Glide Ultra kepada pemiliknya di Pulau Pinang, berharga RM291,200 (harga asas tidak termasuk insurans dan pendaftaran). Harley-Davidson Pulau Pinang terletak di alamat 1679-G1, Jalan Perusahaan, Auto City, Bukit Tengah, Prai, 13600, Pulau Pinang, Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi talian +604-506 2200, atau layari www.harleypenang.com/

GALERI