Wheelcorp Premium memperkenalkan Fasiliti Pengecasan MINI baharu di Sanctuary Mall @ Eco Sanctuary.

Wheelcorp Premium telah memperkenalkan sebuah fasiliti pengecasan dengan ekspresi jenama yang terbaharu untuk MINI di Kota Kemuning, menawarkan para pemilik kenderaan elektrik (EV) di kawasan ini akses yang lebih baik ke atas infrastruktur pengecasan. Terletak di Sanctuary Mall @ Eco Sanctuary – sebuah pusat beli-belah yang dibangunkan oleh Eco World Development Group Berhad, pembukaan fasiliti baharu ini telah dirasmikan oleh wakil-wakil dari MINI Malaysia, Wheelcorp Premium, Eco Sanctuary dan juga JomCharge.

Jayden Liew, Pengarah Urusan Wheelcorp Premium menyatakan, “Sejajar dengan kenaikan penerimagunaan kenderaan berelektrik di Malaysia, kita, yakni pembekal kenderaan ini, memiliki satu tanggungjawab yang besar untuk menampung permintaan dengan menyediakan infrastruktur yang bersesuaian. Sambutan positif ke atas Mobiliti Berelektrik mutakhir ini, turut dirangsang melalui pelbagai inisiatif yang dibawakan oleh kerajaan kita, merupakan sesuatu yang amat digalakkan; dan kami komited untuk meluaskan lagi landskap EV buat para pelanggan kami, seiring dengan BMW Group Malaysia.”

Max Leong Yew Mun, Pembantu Pengurus Besar di Eco Sanctuary berkongsi, “Kelestarian merupakan teras utama EcoWorld dan kami sentiasa berusaha untuk menyeranta dengan organisasi-organisasi yang berkongsi nada matlamat yang sama dalam aspek kelestarian. Dengan menyokong usaha Wheelcorp Premium dalam menggiatkan pengerahan fasiliti pengecasan, kami juga dapat maju ke arah sasaran ESG kami, iaitu untuk memastikan kesemua projek EcoWorld sekurang-kurangnya didatangkan bersama satu stesen pengecasan EV.”

Fasiliti Pengecasan MINI yang baharu ini menampilkan dua lot parkir, seunit pengecas DC 50kW dengan dua pendakap DC, serta seunit pengecas AC 22kW – dikuasakan oleh JomCharge.  Fasiliti baharu tersebut kini dibuka untuk kegunaan awam di Sanctuary Mall @ Eco Sanctuary, Persiaran Eco Sanctuary, 8/3, Eco Santuari, Selangor – dengan kadar pengecasan bernilai RM1.20 bagi setiap minit penggunaan.

Fasiliti pengecasan yang baru diperkenalkan oleh Wheelcorp Premium ini juga merupakan sebahagian daripada strategi BMW Group Malaysia untuk membangunkan infrastruktur yang diperlukan bagi pengecasan kenderaan elektrik, seiring dengan rakan-rakan kongsi, wakil pengedar, dan pembekal kemudahan pengecasan yang berkongsi sentimen sama. Lebih daripada 670 buah fasiliti pengecasan telah disediakan oleh BMW Group Malaysia buat para pemilik EV di Malaysia setakat ini, dan akses ke atas lebih 360 buah fasiliti ini dibekalkan melalui usaha sama yang dijalin dengan ChargEV dan Yinson Greentech. Usaha sama dengan JomCharge juga membolehkan akses ke atas lebih 70 buah fasiliti pengecasan ditawarkan, dan Gentari dengan sekitar 150 buah fasiliti. Lebih daripada 100 buah fasiliti pengecasan BMW i dan MINI juga disediakan di kebanyakan pusat pengedaran yang bertauliah, di samping lokasi-lokasi para rakan kongsi di serata negara, dan banyak lagi yang akan menyusul melalui pelan perluasan infrastruktur yang telah disasarkan untuk tahun hadapan.

GALERI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *