Zontes 310 – 2019

Pada 27 Februari 2019, Zontes Malaysia telah membawa jenama premium baharu yang menghasilkan motosikal dalam kategori ‘lightweight’ ke Malaysia. Zontes Malaysia yakin jenama ini akan bertapak dengan kukuh di Malaysia dan menerima sambutan di kalangan peminat jentera dua roda.

Zontes memenuhi permintaan tinggi penggemar motosikal yang merangkumi prestasi, inovasi, teknologi, gaya, kualiti, keselesaan, kebolehcapaian dan praktikal, pada harga yang kompetetif. Jadi, empat model baharu ini memiliki ciri-ciri hebat yang biasanya ada pada motosikal berkuasa lebih besar dan berharga lebih tinggi. Semua model motosikal Zontes dibina supaya praktikal untuk semua keadaan tunggangan.

Malah, falsafah Zontes adalah berteraskan inovasi dan kualiti.

Ciri-ciri yang diterapkan kepada semua motosikal Zontes ialah:
• Rekaan futuristik, berani, tiada tandingan dan unik.
• Cermin penghadang boleh laras berkuasa elektrik (untuk model 310- T dan 310-X).
• Paparan TFT digital sepenuhnya.
• Bulb LED untuk ‘Daylight Running Lamp’ (DRL), lampu utama, lampu belakang dan lampu isyarat.
• Bateri lithium-ion pintar bagi memastikan enjin dihidupkan dengan pantas dan untuk mengurangkan berat keseluruhan motosikal.
• Sistem brek ABS dwi-saluran Bosch M9.1 (boleh dinyah aktif).
• Dua mod tunggangan: “E” untuk ‘Economy’ dan “S” untuk ‘Sport’.
• Fork jenis terbalik / ‘upside down fork’ (USD).
• Sistem suspensi belakang monoshock dengan gas nitrogen.
• Lengan ayun belakang jenis aluminium tuang.
• Aluminium ringan membolehkan roda.
• Rangka tiub keluli berkekuatan tinggi yang juga berfungsi sebagai penyejuk minyak pelincir.
• Pengurusan suntikan bahan api Delphi.
• Pelinciran enjin jenis ‘dry sump’.
• Blok enjin aluminium untuk penyejukan optimum.
• Tangki bahan api dengan pelapik dalam dari besi galvani untuk mengelakkan kakisan dan sistem bahan api tersumbat.
• Lapisan anti kopek pada penyenyap ekzos.
• Penutup pengisi bahan api yang dikawal secara elektronik.
• Kunci tempat duduk yang dikawal secara elektronik.
• Port pengecas USB.
• Sistem kawalan tanpa kunci untuk keselamatan dan kemudahan mengunci dan membuka kunci motosikal.
• Rak bagasi belakang.

Ciri-ciri yang dilengkapi pada motosikal Zontes ini, membuatkannya menyerlah dan mendahului pesaingnya tetapi dalam masa yang sama tetap mementingkan keselamatan dan keselesaan penunggangnya.

Zontes ZT310-T, ZT310-R, ZT310-X dan ZT310-X GP dibina menggunakan enjin, rangka dan casis yang sama menjadikan perolehan alat ganti bukan satu isu utama. Zontes Malaysia akan berhubung rapat dengan pengedarnya bagi memastikan semua pelanggannya menerima khidmat selepas jualan terbaik di seluruh Malaysia.