SM SPORT 110R TAMPIL DENGAN WARNA & GRAFIK BAHARU

PULAU PINANG, 1 MAC 2019. Selepas pelancaran SM Sport 110R yang merupakan jenama tempatan pada dua tahun lalu, ia mencatatkan penjualan yang amat memberangsangkan dan kini Mforce Bike Holdings Sdn Bhd memperkenalkan SM Sport 110R dengan grafik baharuyang lebih menarik, bergaya, tahan lasak, mesra alam, dan juga harga yang berpatutan.

SM Sport 110R – Penjimatan dari segi penggunaan minyak yang rendah untuk perjalanan yang lebih jauh.

Sistem Suis Penjimatan Bahan Api dalam model SM Sport 110R memberikan prestasi yang cemerlang dari segi penjimatan minyak dan pasti akan mengagumkan para penunggang untuk perjalanan yang lebih jauh.

Selain itu, SM Sport 110R mempunyai reka bentuk yang aerodinamik dan sporti. Model tersebut telah menggunakan model enjin 109 cc SOHC yang mempunyai fungsi penyejuk udara yang mematuhi piawaian EURO 3 yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Di samping itu, SM Sport 110R juga mempunyai beberapa ciri keselamatan istimewa seperti, “day time running light” (DRL), signal hadapan dan belakang LED, sistem suspensi belakang Kayaba(KYB), ruang penyimpanan besar, suis anti-kecurian, sepasang tayar tanpa tiub dan satu soket pengecas USB 5V.

SM Sport 110R akan dijual pada harga RM3,918.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insuran)  dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km yang mana lebih terdahulu. Terdapat tiga pilihan warna yang menarik iaitu hitam, biru dan merah. Sila kunjungi pengedar sah berdekatan anda untuk maklumat lanjut.

GALERI