ACO TECH MEMBAWA SPOTIFY KE DALAM SISTEM OPERASI ATLAS

ACO Tech, peneraju penyedia mobiliti pintar ASEAN, hari ini  mengumumkan perkongsian baharu mereka bersama Spotify – satu kerjasama yang akan  menyaksikan perkhidmatan langganan penstriman audio paling terkenal di dunia tersedia dalam segmen pasaran kereta semasa melalui penyepaduan dengan ATLAS, sistem operasi infotainment di  dalam kereta yang dibangunkan oleh ACO Tech.

Dengan kerjasama ini, pengguna ATLAS akan dapat menikmati pengalaman audio yang diperibadikan  dari Spotify secara percuma dan premium semasa mereka memandu, melalui Unit Utama  Infotainment (IHU) kenderaan mereka:

 ∙Pengguna boleh terus berhubung dengan lebih 82 juta trek audio dan melebihi 4 juta tajuk  podcast.

 ∙Hanya hantarkan kandungan yang sedang didengar pada telefon mudah alih melalui Spotify  Connect ke IHU atau mainkannya terus dari IHU untuk menikmati pengalaman muzik yang  lancar ke mana sahaja anda pergi.

 “Saya amat berbangga dengan kemajuan mantap yang dicapai oleh pasukan kami dalam  memperkenalkan gaya hidup terhubung manusia kepada masyarakat di Malaysia dengan lebih  meluas melalui kerjasama jenama yang bermakna. Bekerjasama dengan Spotify adalah pencapaian  penting bagi ACO Tech kerana perkongsian ini bukan sahaja membantu kami untuk kekal berdaya  saing dalam industri mobiliti pintar malah ia juga memainkan peranan penting dalam memudahkan  rakyat Malaysia merasai kemungkinan teknologi kereta pintar dan terhubung,” kata Mr. Li Pu, Ketua  Pegawai Eksekutif ACO Tech Sdn. Bhd.

Dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan di Malaysia, ATLAS adalah sistem pengendalian infotainment  dalam kenderaan yang disokong oleh aplikasi mudah alih percuma bernama ATLAS Auto dengan ciri  yang mengutamakan mobiliti, kemudahan dan kawalan. Direka khusus dengan mengambil kira  pengalaman peribadi, kuasa sistem ini disesuaikan bagi memenuhi pelbagai permintaan dan pilihan  gaya hidup rakyat Malaysia.  Unit Utama Infotainment (IHU) ATLAS menggunakan Android 8.0 dan ke atas, dipra-muat dengan Spotify, akan membuat penampilan pertamanya di Malaysia di dalam kenderaan PROTON. Aplikasi ini  juga boleh dimuat turun melalui A Store. Untuk maklumat lanjut mengenai ATLAS dan Spotify, sila layari https://acotech.my/

GALERI

Leave a Reply

Your email address will not be published.