HONDA MALAYSIA PERKENALKAN HR-V SERBA BAHARU PENUH GAYA DALAM EMPAT VARIAN

Honda Malaysia (atau Syarikat) hari ini melancarkan model Hip & Smart Runabout Vehicle, HR-V Serba Baharu yang sudahpun meraih perhatian pasaran sebelum ini. HR-V telah mencipta segmen baharu dalam pasaran ketika diperkenalkan pada tahun 2015, menjadikannya model paling laris sejak itu. HR-V Serba Baharu ini yang dibangun menggunakan konsep “AMP UP YOUR LIFE” telah diperbaharui, dan kini hadir dengan penggayaan luar biasa, sistem janaan kuasa canggih serta ciri inovatif dan dalam masa sama masih mengekalkan ciri praktikal untuk kegunaan harian.

Memberi pandangannya tentang model baharu yang menawan ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Hironobu Yoshimura berkata, “HR-V direka untuk sentiasa berada selangkah di hadapan. Popularitinya tidak dapat disangkal, dan ia masih dikekalkan untuk model terbaru ini. Sejak ia dibuka untuk tempahan, HR-V Serba Baharu telah menerima sambutan positif daripada rakan media serta orang ramai. Saya berbesar hati untuk memaklumkan bahawa
HR-V Serba Baharu telah menerima lebih daripada 20,000 tempahan setakat ini. Dengan maklum balas menggalakkan dan permintaan tinggi terhadap model baharu berkenaan, kami juga ingin  memaklumkan bahawa tempoh menunggu bagi HR-V Serba Baharu ini ialah 12 bulan, bergantung kepada ketersediaan varian yang ada. Bagaimanapun, Honda Malaysia sedang mengambil langkah terbaik untuk menyerahkan kereta baharu pelanggan secepat mungkin.”

En. Yoshimura menambah, “Selain itu, lanjutan tempoh bagi pengecualian cukai jualan oleh Kerajaan Malaysia juga telah melonjakkan lagi jualan kenderaan Honda. Bagi pihak Honda Malaysia, saya ingin berterima kasih terhadap usaha berkenaan yang bertujuan untuk menyokong industri automotif di sepanjang tempoh pandemik ini.”

Rekaan luaran HR-V Serba Baharu telah menerima pembaharuan menyeluruh untuk tampil lebih bergaya dan premium berbanding model yang terdahulu. Wajah depannya didominasi oleh Rekaan Baharu Sporty Gril Hadapan, sementara rekaan belakangnya dihiasi oleh Jalur Lampu LED. Sentuhan estetik lain yang menarik pada kereta ini termasuklah Lampu Isyarat LED Sequential Depan², Lampu Utama LED sepenuhnya dengan Lampu Nyalaan Siang (DRL), Lampu Kabus LED di depan¹ dan Rim Aloi Sporty bersaiz 18-inci² melengkapkan lagi imej HR-V Serba Baharu.

HR-V Serba Baharu terus meletakkan tanda aras yang lebih tinggi bagi segmen SUV kompak dengan pengenalan tiga pilihan sistem janaan kuasa sebagai pilihan kepada pelanggan, mengikut gaya hidup dan keperluan penggunaan masing-masing. Pertama kali diperkenalkan untuk City dan City Hatchback, teknologi e:HEV telah menerima sambutan menggalakkan daripada pasaran. Ia akan dilanjutkan kepada HR-V RS Serba Baharu untuk memenuhi keperluan pelanggan yang mementingkan kecekapan sistem janaan hibrid dalam sebuah SUV kompak. Sistem 1.5L e:HEV dengan 2-motor memberikan 131PS kuasa dan 253Nm tork. Sistem hibrid 2-motor Honda yang unik menyelaras antara tiga mod pemanduan: Pacuan EV, Pacuan Hibrid dan Pacuan Enjin, yang akan bertukar mengikut situasi pemanduan oleh pemandu.

Bagi pelanggan yang inginkan pengalaman pemanduan berprestasi dan mengujakan pula mempunyai pilihan enjin 1.5L VTEC Turbo (varian V & E). HR-V serba baharu merupakan model bukan-nasional pertama menawarkan enjin pengecas turbo yang menghasilkan kuasa sebanyak 181PS dan 240Nm tork bagi pemanduan yang lebih responsif serta mengujakan. Varian RS, V dan E akan ditawarkan dengan pilihan mod pemanduan NORMAL, SPORT dan ECON, yang boleh ditukar dengan mudah melalui Drive Mode Selector. Varian S pula dilengkapi enjin 1.5L DOHC
i-VTEC yang menjanakan kuasa sebanyak 121PS dengan tork maksimum 145Nm.

Ruang dalaman HR-V Serba Baharu pula telah direka untuk memberikan keselesaan dengan gaya moden dan stylish. Varian RS kini menampilkan balutan kerusi kulit³, Pedal Kaki Sports, Dua-zon Pendingin Hawa Automatik dan Deceleration Selector Paddle. Varian RS, V dan E menampilkan Paparan Kluster Meter (TFT) Interaktif berukuran 7-inci dan Paparan Audio berukuran 8-inci yang boleh dipadankan dengan Apple Carplay™ dan Android Auto™⁴. Dengan ruang dalaman yang sofistikated, Honda telah memperkenalkan Air Diffusion System untuk HR-V Serba Baharu ini bagi mendapatkan kitaran udara sejuk yang lebih baik untuk semua penumpang. Ciri standard tambahan lain pada model baharu ini ialah pengudaraan pendingin di belakang.

Selain itu, ciri termaju yang pertama kali diperkenalkan dalam segmennya dan juga oleh Honda yang terdapat pada varian HR-V RS ialah ciri bebas kendalian tangan bagi pintu ruang belakang
(Hands-Free Power Tailgate) dengan fungsi Walkaway Close, yang mana pintu ruang barangannya akan ditutup secara automatik jika pemandu bergerak menjauhi kenderaan selepas “Walkaway Close Switch” diaktifkan. Penghidup Enjin Kawalan Jauh¹ (Remote Engine Start) dan ciri Kunci Automatik Bila Beredar (Walk Away Auto Lock) juga merupakan ciri baharu yang diperkenalkan untuk HR-V Serba Baharu. Pemandu model baharu ini juga akan mendapati bahawa ciri Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descent Control) juga sangat membantu dalam mengawal pendikit dan brek secara automatik bagi mengekalkan kelajuan rendah, membolehkan pemandu fokus kepada kendalian stereng ketika menuruni cerun curam.

HR-V Serba Baharu ini juga dilengkapi dengan set penuh teknologi keselamatan termaju Honda LaneWatch² dan Honda SENSING. Sebagai nilai tambah terhadap keselamatan pelanggan Honda, Honda SENSING kini merupakan ciri standard untuk semua varian HR-V Serba Baharu.

Sistem canggih bantuan pemandu Honda SENSING terdiri daripada:

  1. Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
  2. Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System)
  3. Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)
  4. Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation)
  5. Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)
  6. Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam)
  7. Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control)
  8. Sistem Mengikuti Kenderaan (Low Speed Follow)
  9. Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas (Lead Car Departure Notification)

Selain itu, ciri inovatif termaju yang terdapat pada HR-V Serba Baharu ialah Honda CONNECT², sebuah teknologi terkini yang memanfaatkan Teknologi Telematik Pintar untuk menjamin Keselamatan, Sekuriti dan Kemudahan. HR-V Serba Baharu akan ditawarkan dalam lima warna; merah (Ignite Red Metallic), kelabu (Meteoroid Gray Metallic), putih mutiara (Platinum White Pearl), perak (Lunar Silver Metallic) dan hitam (Ruse Black Metallic).

Harga HR-V Serba Baharu adalah seperti berikut:

Varian Harga di atas jalan tidak termasuk insurans (RM)*
1.5L e:HEV RS RM140,800.00
1.5T V RM134,800.00
1.5T E RM129,800.00
1.5L S RM114,800.00

Dengan pelancaran model baharu yang menarik ini, Honda Malaysia mensasarkan jualan sebanyak 1,600 unit HR-V serba baharu sebulan.

Merupakan SUV kompak sebenar yang mendahului dari sudut rekaan luaran, ruang dalaman serta sistem janaan kuasa yang canggih, HR-V Serba Baharu dijangka akan menarik minat pelanggan dalam kalangan keluarga muda urban, profesional serta sesiapa saja yang inginkan sebuah kenderaan bergaya dengan kelengkapan canggih yang menepati gaya hidup masing-masing.

Untuk maklumat lanjut berkaitan HR-V Serba Baharu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pusat jualan sah Honda di seluruh negara atau hubungi talian tol percuma Honda di 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.

¹ Hanya varian E, V & RS

² Hanya varian V & RS

³ Kombinasi kulit

Android Auto™ akan tersedia selepas pelancaran rasmi servis berkenaan di Malaysia

Harga di atas jalan tidak termasuk insurans. Harga tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang makluman awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *