Boon Siew Honda memperkenalkan edisi Repsol CBR150R.

Boon Siew Honda memperkenalkan Edisi Repsol CBR150R. Sejak dilancarkan pada September 2021, Honda CBR150R telah memperoleh reputasi yang menarik di arena supersports dengan keseimbangan prestasi, gaya dan cirinya tersendiri. Liveri Repsol yang ikonik pada Honda CBR150R akan terus menarik perhatian disamping reka bentuknya yang sporty dan agresif, warna oren yang mudah dikenali dengan logo Repsol dibalut dengan jalur putih dipaparkan pada tepi motosikal dan warna hitam kebanyakkannya di fender bawah. Rimnya berwarna oren memberikan CBR150R sentuhan
atletik apabila berada di atas jalan.


Ia diperkukuh lagi dengan sistem lampu LED penuh dan dwi-lampu LED hadapan yang
agresif diperoleh dari DNA CBR250RR. Ciri-ciri lain membuatkan CBR150R memberi
penampilan lebih sporty ialah seperti brek cakera beralun, rim oren menyerlah, dan panel
meter digital penuh yang menyertakan pelbagai maklumat kepada penunggang.
Motorsikal ini di lengkapi dengan enjin DOHC jenis penyejuk cecair 150cc, mampu
memberikan kuasa maksimum 12.0 kW @ 9,000rpm dan tork maksimum 13.7Nm @ 7,000rpm. Digabungkan dengan transmisi kuasa 6-kelajuan, CBR150R memberikan prestasiterbaik di kelasnya.
CBR150R dilengkapi dengan “Anti-Lock Braking System” 2 Saluran (ABS) yang memberikan
keselesaan dan keyakinan membrek kepada penunggang. Slipper Clutch juga merupakan
ciri yang tersedia untuk meningkatkan pengalaman penunggang dengan operasi klac yang
lebih mudah dan selesa.


Hanya 800 unit Honda CBR150R Edisi Repsol akan ditawarkan kepada orang ramai.
Pemilihan warna sedia ada akan terus tersedia di pasaran. REPSOL EDITION menawarkan harga RM13,499.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *