SUZUKI MALAYSIA PERKENAL KEMBALI JENAMA DI MALAYSIA DENGAN ENAM MODEL BAHARU DAN RANGKAIAN PENGEDAR, PUSAT SERVIS DAN STOKIS LENGKAP.

Jenama motosikal Suzuki dilancarkan semula di Malaysia dengan enam motosikal baharu serta menampilkan syarikat pengedar rasmi yang baharu dan rangkaian lebih dari 70 pusat jualan serta servis di seluruh negara. Tiga kategori pengedar untuk pasaran tempatan. Dua kategori pusat servis untuk pelanggan di seluruh negara di rangkaian wakil sah penjual alat ganti yang menyeluruh untuk menyokong pengenalan semula jenama

Pelancaran itu juga menjadi era baharu untuk jenama Suzuki dan mencerminkan pasaran motosikal Malaysia. Enam model motosikal yang turut diperkenalkan sekali ialah generasi 2021 untuk genre super sport GSX-R1000 dan GSX-R1000R; ikon Katana; GSX-S750; jentera “sport adventure tourer” VSTROM 650XT dan motosikal “street” SV650. Suzuki Malaysia Sdn Bhd kini ialah pengimport, pengedar dan pemasang tunggal dan eksklusif untuk semua motosikal, ATV, alat ganti dan aksesori Suzuki di Malaysia. Ia mengambil alih syarikat terdahulu, Suzuki Assemblers Malaysia.
Teraju utama Suzuki Malaysia ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Encik Ahmad Faez bin Tan Sri Yahaya dan bahagian pengurusan diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Jeffrey Lim, Pengurus Besar dan Pengarah untuk syarikat tersebut. Beliau dan pasukan pengurusan yang akan mendukung jenama lagenda itu mempunyai pengalaman lebih dari 33 tahun di dalam industri motosikal. “Ini adalah suatu lembaran baharu yang mengujakan untuk Suzuki. Kami bukan sahaja kembali ke persada pasaran motosikal tempatan, tetapi kami kembali dengan komitmen yang tinggi dalam memastikan pelanggan-pelanggan ditawarkan produk-produk Suzuki terkini dan yang termaju, agar
pelanggan dapat menikmati kualiti tunggangan dan pengalaman memiliki motosikal Suzuki ke tahap yang lebih tinggi,” ujar Yang Berbahagia Dato’ Jeffrey Lim.
“Kami faham bahawa ramai peminat Suzuki yang tidak sabar-sabar menantikan kehadiran modelmodel baharu ini. Sebenarnya Suzuki Malaysia memang mempunyai perancangan untuk melancarkan produk-produk tersebut lebih awal tetapi dengan kehadiran pandemik COVID-19 yang tidak dijangka, telah menangguhkan perancangan kami. Namun begitu, kami telah kembali pada hari ini untuk memulakan kembali jenama Suzuki dengan enam model-model terkini dan lebih dari 70 pengedar dan pusat servis di seluruh negara,” terang Yang Berbahagia Dato’ Jeffrey Lim.

“Suzuki Malaysia akan mempunyai tiga kategori pengedar untuk memasarkan produk kami tetapi sebagai permulaan ini, kami akan menjual model-model CBU terlebih dahulu. Kami juga akan melancarkan beberapa model yang menarik tidak lama lagi kata Encik Ahmad Faez. Untuk memastikan semua pelanggan akan menerima layanan berkualiti, Suzuki Malaysia Sdn Bhd telah menampilkan tiga kategori pengedar:
Suzuki Big Bike World.

Ini ialah Kedai Konsep Eksklusif Suzuki dan pengedar-pengedar di bawah kategori ini akan mempunyai bilik pameran lengkap untuk menjual kesemua produk motosikal Suzuki. Pengedar-pengedar Elit di bawah Suzuki Big Bike World ini adalah yang terbaik dan menawarkan khidmat pelanggan yang mantap serta penasihat jualan yang berpengalaman untuk memberi keterangan berkaitan jentera-jentera Suzuki kepada pelanggan. Suzuki Station Plus Pengedar kategori ini ditempatkan di lokasi strategik di seluruh negara dan mereka mempunyai pengetahuan produk untuk membantu pelanggan Suzuki memilih produk yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet mereka. Suzuki Station Plus menjual motosikal Suzuki di bawah 800cc (kategori enjin akan dikaji semula di masa hadapan).

Suzuki Station Pengedar-pengedar Suzuki Station mempunyai rangkaian yang lebih luas untuk pasaran yang lebih menyeluruh. Sasaran mereka ialah pelanggan yang lebih fokus kepada bajet dan mencari motosikal ekonomikal bagi tujuan perjalanan harian.
Pengedar kategori ini menjual model-model Suzuki sehingga 250cc.
Pemilik motosikal Suzuki juga akan disediakan dengan dua jenis kategori untuk sokongan khidmat selepas jualan bagi memastikan kenderaan mereka dalam keadaan yang paling optimal. Selain dari servis berkala, pusat-pusat servis ini juga memberi khidmat tuntutan jaminan dan maklumat produk terkini.
Suzuki Exclusive Service Centre Semua pusat servis di bawah kategori ini menyediakan khidmat selepas jualan untuk semua model-model Suzuki. Ianya dikendalikan oleh juruteknik-juruteknik Suzuki yang berpengalaman dan terlatih dan
ia juga mempunyai fasiliti, perkakasan dan peralatan yang lengkap di dalam sebuah bengkel yang luas untuk memberikan pengalaman pusat servis yang kondusif.
Suzuki Service Corner Pusat servis kategori ini adalah sama seperti Suzuki Exclusive Service Centre tetapi dalam skala yang lebih kecil kerana ia mensasarkan lokasi yang lebih meluas untuk memberi liputan dan khidmat kepada lebih ramai pelanggan.
Bengkel di bawah kategori ini akan mempunyai ruang khusus di dalam pusat servis mereka untuk motosikal Suzuki, dan turut menyediakan juruteknik Suzuki yang mahir dan terlatih. “Pengalaman kami selama bertahun-tahun dalam mengendalikan penjualan dan khidmat selepas jualan untuk superbike moden bukan sahaja membolehkan kami untuk menghasilkan rangkaian stokis alat ganti yang cukup luas , malah ianya dapat memastikan pelanggan Suzuki akan dibekalkan dengan alat ganti tulen dengan harga yang berpatutan Encik Ahmad Faez berkata.


Ibu pejabat Suzuki Malaysia Sdn Bhd terletak di Hicom Glenmarie Industrial Park di Shah
Alam, Selangor, dilokasi yang sama dengan Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn
Suzuki Malaysia Sdn Bhd melancarkan semula jenama Suzuki dengan enam model-model
terkini.

  1. Suzuki GSX-R1000 – RM99,289.00
  2. Suzuki GSX-R1000R – RM110,289.00
  3. Suzuki Katana GSX-S1000S – RM77,989.00
  4. Suzuki GSX-S750 – RM40,989.00
  5. Suzuki V-Strom 650XT – RM37,989.00
  6. Suzuki SV650 – RM37,289.00
    Harga di atas adalah harga jualan dan tidak termasuk insuran, cukai jalan dan kos
    pendaftaran. Motosikal Suzuki diberi jaminan selama 2 tahun atau 20,000km (mana yang
    terdahulu).
    Kesemua enam model itu boleh didapati di Suzuki Big Bike World sementara model-model
    GSX-S750, V-Strom 650XT dan SV650 turut boleh didapati di Suzuki Station Plus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *