BMW Group Mempersembahkan Kereta Alaf Baharu dalam Tujuh Langkah.

Sememangnya jenama BMW kaya dengan sejarahnya dalam melahirkan jentera-jentera ikonik, yang antaranya telah membentuk pelbagai era dalam dunia reka bentuk automotif. Ia juga telah menjulang BMW sebagai salah sebuah jenama premium yang paling terkemuka di dunia. Dengan sejarah yang diwarisinya, BMW Group sentiasa berusaha untuk menjadi pencetus perubahan, bukan sahaja dari segi kejuruteraan bagi dinamik pemanduan alaf yang baharu, malah begitu juga dengan aspek inovasi dalam bidang reka bentuk, yang ada kalanya bersifat kontroversial untuk mencabar status quo. Setiap iterasi reka bentuk yang paling akhir bukanlah suatu kebetulan. Setiap langkah dan keputusan dalam proses reka bentuk BMW diperhalusi dengan teliti – ia merupakan kriteria yang penting bagi orientasi jenama ini yang memfokuskan masa hadapan. Seperti yang dikongsikan oleh Domagoj Dukec, Ketua bagi cabang BMW Design, “Pada tahun 2021, keputusan mengenai reka bentuk yang kami sedang buat sekarang adalah untuk produk yang akan dipasarkan pada tahun 2024 dan ia akan kekal dalam pasaran selama tujuh atau lapan tahun sehingga melangkaui 2030.” Jentera terkini yang melambangkan kemegahan dan rekabentuk yang tinggi BMW M3 Sedan dan BMW M4 Coupé baharu yang bakal membuat kemunculan tidak lama lagi, ia menggandingkan taraf prestasi ‘M’ yang luar biasa dengan reka bentuk alaf baharu yang serba emotif, pertama kali dilihat pada jentera BMW 430i Coupé M Sport yang baharu. Untuk mengalu-alukan ketibaan jentera lasak yang mengujakan ini dalam varian Competition di Malaysia, BMW Malaysia mempelawa orang ramai untuk menyingkap proses reka bentuk yang melahirkan setiap konsepsi model BMW – sebuah kemuncak pengkaryaan reka bentuk yang boleh menelan bertahun lamanya.

Mengenal Pasti Trend

Pertama sekali, pemahaman mengenai kenderaan masa hadapan dan konteks pemanduannya adalah penting. Seorang pereka harus berupaya untuk memahami jauh lebih awal mengenai apa yang akan dianggap moden dan canggih pada masa hadapan – dan bagaimana keperluan pelanggan BMW akan berkembang menjelang waktu itu. Para pereka memetik ilham daripada pelbagai sumber seperti fesyen, seni bina, alam semula jadi dan sebagainya. Mereka juga mungkin mengambil inspirasi daripada projek-projek kenderaan rahsia oleh pasukan kerja BMW di peringkat atasan

Mendefinisikan Watak: Lakaran Tangan

Persaingan di peringkat dalaman antara para pereka bermula dengan lakaran, di mana mereka menzahirkan idea melalui gambaran kenderaan yang dilakar dengan tangan. “Untuk sesebuah model baharu, saya akan buat pertama kali mengambil sehelai kertas dan sebatang pensel,” ujar pereka eksterior, Anders Thøgersen. “Dalam buah fikiran seorang pereka, terbenak jiwa dan karakter yang ingin beri nafas pada kenderaan tersebut. Lakaran awal yang dibuat ini tidak menjawab segala persoalan, namun ia menjadi panduan abstrak bagi proses reka bentuk yang seterusnya.” Pada masa yang sama juga, para pereka BMW perlu mematuhi syarat yang ditetapkan bagi watak kenderaan alaf baharu tersebut, termasuk syarat teknikal seperti jarak sumbu roda, ruang but atau syarat keselamatan. Semua inovasi teknologi yang tersedia juga perlu dimuatkan dengan pendekatan yang praktikal dan menawan buat pengguna masa hadapan. “Hanya dengan melihatnya, sebuah jentera BMW harus berupaya untuk menggambarkan pengalaman yang ditawarkan olehnya,” tambah Thøgersen.

  • Kejituan: Lukisan dengan Pita Pelekat

Di samping lakaran pensel, para pereka juga melukis pelan mereka pada dinding dengan skala bernisbah 1:1, ia dinamakan lukisan pita pelekat atau ‘tape drawings’. Di sini, mereka akan melekatkan komposisi kenderaan tersebut pada pelan asas menggunakan pita pelekat yang fleksibel. Pelan asas adalah umpama peta bagi kenderaan ini yang turut memperlihatkan seluruh ciri-ciri teknikal dan strukturnya. Pada lukisan pita pelekat, bukan perwatakan jentera ini sahaja yang ditonjolkan, malah begitu juga dengan isi padu yang sebenar dengan garisan yang jelas, ia menjadi templat yang sempurna bagi langkah yang berikutnya. “Dengan membuat lukisan pita pelekat, kereta tersebut dapat dilihat dengan lebih jelas dalam minda kita,” jelas Thøgersen. “Apa yang berputik daripada sebuah idea dan konsep dalam lakaran, kini mengendong sebuah erti yang lebih bermakna.”

  • Pakar Virtual: Model-Model Digital

Di peringkat ini, teknologi digital akan dimanfaatkan dalam proses reka bentuk tersebut. Daripada lakaran dua dimensi, pereka CAS (computer-aided styling) akan menghasilkan kenderaan tersebut secara virtual dalam tiga dimensi. Antara lainnya, mereka juga menggunakan teknologi Realiti Virtual (VR). Set kepala digital VR digunakan untuk memudahkan kolaborasi antara cabang pasukan kerja yang berbeza. Pereka dan pembangun tidak lagi dikekang oleh ruang fizikal untuk merealisasikan sesebuah model kenderaan. Sebaliknya, mereka dapat melihat model kenderaan melalui set kepala VR masing-masing, maka proses reka cipta menjadi lebih efisien selain memberikan konteks yang lebih bermakna – jadi, model baharu tersebut dapat dipersembahkan dalam persekitaran yang diinginkan secara virtual.

  • Pembentukan: Model Tanah Liat

Setakat ini, reka bentuk kenderaan tersebut hanya dapat dilihat dalam dua dimensi, dan sekarang proses ini akan beralih ke dunia tiga dimensi secara fizikal. Para pereka, yang telah menyempurnakan proses pemilihan, diberi peluang untuk menaik taraf rekaan mereka secara tiga dimensi menggunakan skala 1:1. Model-model ini diperbuat daripada tanah liat. “Prototaip tanah liat bertujuan untuk mempamerkan permukaan, garisan, dan perincian kenderaan berkenaan dengan sebaiknya,” ujar Thøgersen. “Rekaan BMW dapat diberi nafas hanya dalam bentuk tiga dimensi dan saiz yang sebenar. Saya berasa teruja untuk menyaksikan lakaran yang dibuat berubah menjadi sebuah entiti yang lengkap dan dapat ditatap dari pelbagai sudut.”

Model tanah liat terdiri daripada kerangka asas yang diperbuat daripada kayu dan logam yang disalut dengan gabus. Hanya lapisan atas yang menggunakan tanah liat. Struktur model tersebut dibentuk menggunakan mesin pengikis berdasarkan data CAS, dan disempurnakan lagi menggunakan tangan. Alatan yang digunakan merangkumi bilah, spatula, span, dan berus. Setelah model tanah liat tersebut disiapkan, pereka akan membalutnya dengan lembaran khas yang memberi efek umpama cat kereta. Ia membolehkan garisan, permukaan, dan komposisi model tanah liat ini dinilai dalam pelbagai kondisi cahaya. Lebih kurang satu bulan diperlukan untuk mengecapi tahap kesempurnaan yang diinginkan. Kemudian, kita akan beralih ke peringkat yang seterusnya, iaitu proses pembuatan keputusan. Lebih kurang dua tahun sebelum kenderaan tersebut memasuki fasa produksi, Lembaga Pengurusan BMW akan memilih satu pemenang daripada dua rekaan kereta yang masih berbaki.

  • Sudut Pandangan Dalam: Melakar Reka Bentuk Interior Kereta

Pereka interior dan pereka eksterior melakar serta memperhalusi model-model kenderaan mereka pada masa yang sama. Mereka juga menggunakan tanah liat dalam proses ini. Dalam ‘seat boxes’, mereka akan memberi nafas kepada rekaan interior tersebut – yang mencakupi tempat duduk, permukaan interior, material dan sebagainya. Set kepala VR turut digunakan untuk memudahkan proses ini yang membolehkan pereka melihat interior kereta dari pelbagai sudut secara virtual, seolah-olah seperti mereka berada di dalam kenderaan tersebut. “Kami ingin menzahirkan sebuah ambien yang serba moden, menawan dan praktikal buat para pelanggan kami,” ujar pereka interior, Eva Günther. “Ia haruslah mempunyai suasana yang mencetus keseronokan selain memiliki ruang yang secukupnya untuk melakukan kerja serta bersantai ketika jentera ini dipandu.”

  • Kesempurnaan: Perincian Bertaraf Tertinggi

BMW Design memiliki pasukan kerja khas untuk memperincikan lagi reka bentuk kereta tersebut, termasuk memilih warna dan material. Bagi eksterior dan interior kenderaan berkenaan, para pakar ini menyempurnakan seluruh elemennya dengan tahap perincian yang amat tinggi. Kerjasama yang rapat dan sistematik antara para pereka, jurutera, dan juruteknik produksi kenderaan BMW memperlihatkan ketinggian mutu kerja di BMW – iaitu syarat yang wajib untuk merealisasikan kereta alaf yang baharu pada hari ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW Design, sila layari https://www.bmw.com/en/design.html.

BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition Coupé baharu kini disediakan di semua pusat pengedaran BMW yang bertauliah di seluruh negara. Bagaimanapun, sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang terkini, rangkaian pusat wakil pengedar kami akan ditutup dan para pelanggan digalakkan untuk menghubungi wakil pengedar pilihan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Harga jualan bagi BMW 430i Coupé M Sport, BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition Coupé baharu (atas jalan, tanpa insurans) bermula dari:

ModelTanpa Pengecualian SSTDengan Pengecualian SST
The All-New BMW 430i Coupé M SportRM 405,680.00RM 390,033.47
The All-New BMW M3 Competition                       RM 664,800.00RM 639,664.14
The All-New BMW M4 Competition Coupé           RM 684,800.00RM 659,357.03

Leave a Reply

Your email address will not be published.