BMW Malaysia mempelawa anda untuk ‘Memilih Dunia Anda’ bersama Famili BMW X

Pengeluar kenderaan premium dan perintis kenderaan SAV (Sports Activity Vehicles) premium mempelawa orang ramai untuk menyingkap naluri keterujaan mereka di acara jerayawara, ‘BMW Choose Your World’.

Acara Choose Your World yang dinanti-nantikan ini akan dianjurkan di Plaza Arkadia pada 21 hingga 23 Jun 2019 untuk membolehkan para peminat mengamati manifestasi jentera BMW X2 M35i baharu, BMW X4 dan BMW X5 baharu berserta BMW X1 dan BMW X3. BMW X1, BMW X3 serta keluaran terbaharu BMW X4 boleh dipandu uji sepanjang acara ini yang akan berlangsung selama tiga hari.

Elemen keterujaan turut disuntik melalui penganjuran permainan kecergasan yang dirumus untuk menepati identiti ‘sport’ yang dibawakan oleh famili BMW X. Latihan Interval Berintensiti Tinggi (HIIT) dan aktiviti-aktiviti yang mampu mencabar kekuatan anda, serta Ruang Kecergasan (Playground Fitness) sedia untuk diharungi oleh para peserta, anda juga boleh menebus hadiah istimewa dengan melengkapkan aktiviti-aktiviti berkenaan. Kedai ‘pop-up’ yang menyediakan barangan eksklusif, ‘BMW Lifestyle Merchandise’ juga akan dibuka buat peminat-peminat jenama BMW dan jangan lupa untuk menyaksikan persembahan aksi menarik yang bakal disajikan untuk para pengunjung.

Sahut cabaran ini dan ‘Choose Your World’ bersama BMW.

Butir-butir jerayawara berkenaan:

Tarikh            :           21 – 23 Jun 2019

Waktu             :           10:00 pagi hingga 7:00 malam

Lokasi :           Outdoor Carpark 3, Plaza Arkadia, Desa Parkcity. Maklumat lanjut mengenai acara jerayawara ini boleh didapati di laman INI

GALERI