Lee Motors Autocare Membuat Kemunculan dengan Penampilan Baharu di Rantau Utara

Alor Setar, 18 Jun 2019 – Lee Motors Autocare telah membuka tirai bilik pameran serba baharunya untuk menawarkan Pengalaman Pemilikan Premium BMW Malaysia di rantau utara semenanjung Malaysia.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia mengulas, “Rangkaian wakil-wakil pengedar kami telah menyumbang kepada kejayaan kami dalam penyampaian Kenikmatan Pemanduan Sempurna yang dijanjikan oleh BMW Malaysia buat pelanggan-pelanggan kami di seluruh negara. Dari permulaan tahun 2019 sehingga ke hari ini, kami berjaya menyerahkan lebih daripada 5,000 unit kenderaan, ia menjangkau kadar pertumbuhan berjumlah 6% yang tercatat berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Kami ingin melihat perkembangan ini juga diteruskan bersama wakil-wakil pengedar kami seperti Lee Motors Autocare yang senantiasa mencabar batasan untuk membawakan perkhidmatan yang terbaik bagi pelanggan-pelanggan kami.”

Eugene Lee, Pengarah Urusan Lee Motors Autocare berkata, “Kami telah menimba pengalaman dan kepakaran yang berusia lebih sedekad dalam ikhtiar kami untuk membawakan Kenikmatan Pemanduan Sempurna di Malaysia. Kami percaya dan berbangga untuk terus mendorong jenama BMW ke hadapan dengan menawarkan
perkhidmatan bertahap cemerlang dan memperkayakan pengalaman pemanduan kepada para pelanggan kami. Melalui ruang yang diperbaharui ini, kami berhasrat untuk membekalkan perkhidmatan yang tiada tolak bandingannya kepada para pelanggan dengan mewakili jenama BMW.”

Tahun lalu, Lee Motors Autocare berjaya melakar pertumbuhan dua digit yang berjumlah lebih daripada 30% berbanding tahun 2017 melalui penyerahan 200 lebih unit kenderaan BMW. Sementara Lee Motors Autocare terus menawarkan pakej perkhidmatan lengkap yang meliputi Jualan, Perkhidmatan, Alat Ganti dan Sistem (4S) bagi pihak BMW, ia kini juga akan berkhidmat sebagai wakil pengedar ‘BMW
Premium Selection’.

Dengan lebih daripada 20 kakitangan yang berdedikasi, wakil pengedar ini beroperasi di fasiliti sedia ada yang bersaiz 15,000 kaki persegi, ia mampu memuatkan tujuh kenderaan BMW dan enam unit BMW Premium Selection untuk tujuan pameran. Bukan itu sahaja, premis tersebut kini menampilkan stesen kerja Grand Klasse (GKL) yang terbaharu serta ruang BMW Customer Lounge, Isetta Bar dan kaunter barangan BMW Lifestyle.

Lee Motors Autocare beralamat di No. 86-C, Lorong Perak 18, 05150 Alor Setar, Kedah.

GALERI