BMW Malaysia perkenalkan varian M Sport jentera BMW X7 yang dipasang dalam negara.

BMW Malaysia hari ini telah memperkenalkan BMW X7 xDrive40i M Sport baharu, menyusuli varian Pure Excellence yang turut dirungkaikan pada awal tahun ini. SAV mewah yang berkuasa tinggi ini juga akan dikeluarkan melalui Kilang Pemasangan BMW yang terletak di Kulim, meluaskan lagi barisan kenderaan premium jenama ini yang dipasang di Malaysia.

BMW X7 xDrive40i M Sport baharu membawakan aneka rangkuman berpaksikan sport yang lebih menonjol, ia termasuk reka bentuk ‘M Specific’ di hadapan dan belakang, disumbang oleh Pakej M Aerodynamics, berserta ambang pintu yang menampilkan inskripsi M yang ikonik. Dari segi visual, BMW X7 xDrive40i M Sport baharu didatangkan dengan gril ‘kidney’ BMW Iconic Glow yang dicahayakan dengan gentian optik LED untuk aura visual yang lebih menawan, di samping set roda aloi ringan M Sport 22 inci dalam bentuk dwiruji 913 M dwiwarna dengan tayar bercampur.

Di dalam, BMW X7 xDrive40i M Sport membawakan trim kayu halus ‘Fineline Black’ berserta efek logam berglos tinggi, stereng kulit M dan juga upholsteri kulit Merino BMW Individual dalam rona Black atau Tartufo. Dari sudut sistem bantuan memandu, BMW X7 xDrive40i M Sport baharu akan hadir dengan Driving Assistant Professional berserta Kawalan Jarak dengan fungsi Henti & Mula, termasuk Bantuan Stering dan Kawalan Laluan – membekalkan keupayaan Pemanduan Berautonomi Tahap 2 selain menawarkan keselesaan dan keselamatan bertaraf tinggi.

BMW X7 xDrive40i M Sport baharu akan terus dikuasakan oleh enjin hibrid ringan enam sebaris, mampu mencatat kelajuan tertinggi mencecah 250 km/j, membekalkan 380kk / 280kW dan tork bernilai 540 Nm. Ia membolehkan SAV ini membuat pecutan abad dalam masa 5.8 saat sahaja. Digandingkan dengan sistem pacuan semua roda BMW xDrive dan transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan, SAV ini turut memuatkan teknologi hibrid ringan dengan generator pemula 48 volt bagi menaik taraf efisiensi dan dinamik.

Di samping warna-warna yang sedia ada seperti Mineral White Metallic dan Black Sapphire Metallic untuk BMW X7, warna varian eksklusif M Brooklyn Grey Metallic juga akan disediakan untuk BMW X7 xDrive40i M Sport baharu.

Program pembiayaan dinamik.

Dengan pelan pembiayaan “Straight Line” yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW X7 xDrive40i M Sport baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM8,322.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh tujuh tahun).

Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.

Pemilik BMW X7 xDrive40i M Sport baharu ini juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:

•           Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW

•           Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW

•           Servis Dalam Talian BMW

Harga runcit bagi BMW X7 xDrive40i M Sport baharu dengan Pakej Servis dan Waranti Lanjutan 5 Tahun, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:

BMW X7 xDrive40i M Sport BaharuRM 718,800.00

Para pelanggan boleh menghubungi wakil pengedar BMW bertauliah pilihan masing-masing atau melayari shop.bmw.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW X7 xDrive40i M Sport baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *