Pecah tanah untuk Harley-Davidson of Petaling Jaya dan memperkenalkan Road Glide CVO 121 baharu

Bilik pameran Harley-Davidson terbaharu akan dilaksanakan menjelang akhir 2023 oleh Harley-Davidson Petaling Jaya di Star Tower @ Pacific Star. Dengan menjangkau 8,000 kaki persegi daripada ruang semasa 2,500 kaki persegi yang sedia ada untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan terkini daripada Harley-Davidson.  Di dalam lokasi baharu ini juga mereka akan menempatkan salah satu rumah kelab Harley Owners Group (HOG) terbesar di Malaysia ketika HOG meraikan 40 tahun, ini bagi membolehkan ahlinya berkumpul, menggunakan tempat ini dan berinteraksi.

Acara pecah tanah pusat baharu ini dilakukan oleh pelanggan pertamanya di pengedar itu, Dato Anand, semasa sambutan Deepavali mereka yang dianjurkan oleh HOG PJ dan Harley-Davidson Petaling Jaya bersama-sama dengan kelab motosikal Shadowfax, Jivathma, Musclerider dan Maverick.

Sambutan bertuah ini turut menyaksikan pelancaran Road Glide CVO 121 terkini dan penghantaran kepada Dato Sri Raja Gopal dan disaksikan oleh YB Senator Dato’ Sivaraj Chandran

Bengkel ini kekal di lokasi sedia ada seluas 10,000 kaki persegi untuk terus memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami.  Harley-Davidson of Petaling Jaya mula beroperasi pada 2017 di bawah rangkaian penyegaran oleh Kumpulan DIDI dengan 5 pengedar Harley-Davidson di seluruh negara.