BMW Motorrad Malaysia mengumum harga rasmi BMW CE 04 baharu.

BMW Motorrad Malaysia telah mengumumkan harga rasmi bagi BMW CE 04 baharu, setelah skuter Mobiliti Urban elektrik ini pertama kali dirungkaikan di acara BMW Group Malaysia Business Briefing 2023.

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian BMW Group Malaysia memberitahu, “BMW Group Malaysia terus mengorak langkah dalam gagasan visi elektrifikasinya bagi Malaysia. Kami telah mengepalai usaha mobiliti berelektrik dengan penyebarluasan portfolio kenderaan elektrik dan juga rangkaian fasiliti pengecasan kami – memudahkan mobiliti yang Lestari dan Bertanggungjawab memenuhi keperluan perjalanan jauh.”

Tambah beliau, “Pada masa yang sama, bagi perjalanan berjarak pendek dalam kawasan bandar pula, impak mobiliti bebas emisi adalah amat signifikan, kerana faktor kepadatan sebuah bandar merupakan penyumbang utama dalam perihal emisi. Sebuah solusi yang menggandingkan revolusi dan juga evolusi, BMW CE 04 dengan elegannya memadankan reka bentuk yang menawan serta daya keterhubungan pintar, membuktikan keupayaan inovasi kami sebagai peneraju dalam industri ini.”

Menjadi kemuncak usaha Mobiliti Elektro yang berusia 50 tahun lamanya termasuk Mobiliti Urban yang berusia hampir 30 tahun, skuter berkuasakan elektrik oleh BMW Motorrad ini memuatkan teknologi-teknologi yang tercanggih berlatarkan rangkaian pemacu yang kompak. Pacuan elektriknya yang inovatif membekalkan kuasa dan jarak operasi yang cemerlang, membolehkan pengguna menavigasi bandar dan kawasan urban dengan begitu mudah. Kedudukan unit penstoran tenaga yang rendah menjadikan aspek pengendalian dan dinamisme jentera ini lebih handal, menjamin pengalaman tunggangan yang lancar dan memuaskan. Secara ringkas, BMW CE 04 baharu melambangkan kebebasan dan keseronokan urban yang sebenar, tapi dengan cara yang halus.

Khidmat Pembiayaan.

Dengan pelan pembiayaan yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW CE 04 baharu bermula daripada RM728.00 sebulan (berdasarkan anggaran pembiayaan Balloon Financing sebanyak 80% bagi tempoh 4 tahun). Para pemilik juga boleh menikmati aneka faedah tambahan menerusi program-program yang terunggul seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Lanjutan Waranti daripada BMW Motorrad Malaysia. Maklumat lanjut mengenai program-program tersebut boleh didapati di https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/service-inclusive.html

Harga runcit (atas jalan, dengan Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans) BMW CE 04 baharu ialah:

BMW CE 04 Baharu                          RM 59,500.00

Untuk maklumat lanjut mengenai BMW CE 04 baharu, sila layari laman sesawang BMW Motorrad Malaysia di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *