Category: BERITA AUTOMOTIF

MFORCE ADALAH PENGEDAR EKSKLUSIF MOTO MORINI DI MALAYSIA

PULAU PINANG, 6 JANUARI 2021 – MForce Bike Holdings Sdn Bhd, syarikat pengeluar motosikal tempatan telah dilantik menjadi pengedar tunggal motosikal berjenama Moto Morini di Malaysia. Moto Morini ialah pengeluar motosikal Itali yang dibangunkan oleh Alfonso Morini di Bologna, pada tahun 1937. Pada tahun 1946, Moto Morini mula menghasilkan enjin

Volvo Car Malaysia menutup tahun 2021 dengan prestasi jualan tertinggi, mencatat peningkatan 14.3%

Kuala Lumpur, 7 Januari 2022 – Volvo Car Malaysia hari ini mengumumkan keputusan jualan dan prestasinya bagi tahun 2021, menutup tahun lalu dengan kukuh dengan jumlah jualan sebanyak 2,229 unit, meningkat 14.3% daripada tahun sebelumnya. Ini menandakan pertumbuhan jualan tahun keenam berturut-turut, petanda positif untuk pertumbuhan selanjutnya ke tahun akan

XC60, Lebih Pintar Ke Hadapan

Volvo Car Malaysia mengorak langkah ke arah, elektrifikasi dengan menambah lebih banyak lagi teknologi dan inovasi pada model terbaharunya – Volvo XC60. Digelar “Smarter XC60″, model baharu ini muncul dengan ciri-ciri keselamatan tambahan, rupa luaran yang segar dan integrasi teknologi terkini dengan Perkhidmatan Google. Volvo XC60 baharu adalah kemuncak perkongsian

MOTOSIKAL KELUARAN HUSQVARNA’ DENGAN EDISI RIM JEJARI “SPOKE”

Pratonton untuk Media yang telah di adakan di Richiamo Coffee Reidensi UTMKL, Kuala Lumpur, yang merupakan rangkaian kedai kopi premium telah menjaling kerjasama dengan jenama terkenal Sweden, Husqvarna, di mana jenama ini terkenal dengan motosikal lasak dengan mengendalikan siri jelajah (tour) motosikal.Kini Husqvarna  Motorcycles Malaysia telah memperkenalkan edisi Spoke khas

Honda City RS menang Vehicle of the Year di Anugerah VOTY DSF.my-Allianz

Kuala Lumpur, 27 Oktober 2021 –Honda City RS telah memenangi anugerah Vehicle of the Year di Anugerah DSF.my-Allianz Vehicle of the Year (VOTY) 2021 di Petaling Jaya pada 26 Oktober 2021.  Walaupun berdepan pasaran yang sukar dan persekitaran yang mencabar pada 2021, rangkaian kuasa dan prestasi tinggi dan ciri ciri keselamatan Honda City RS, di mana ianya telah memenangi anugerah tertinggi pada malam tersebut.  Dianjurkan oleh laman web permotoran Malaysia www.dsf.my dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, anugerah VOTY 2021 tahun ini telah menampilkan 16 kategori yang mengiktiraf teknologi terbaik, serta individu dan pasukan di sebalik tabir.  Pemenang lain termasuk, Hyundai Kona Smartstream (Crossover of the Year), Nissan Almera Turbo (Family Sedan of the Year), Aston Martin DBS Superleggera (Supercar of the Year) dan Suzuki Swift Sport (Hot Hatch of the Year), dengan Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad dianugerahkan dengan Automotive Lady of 2021 dan Pengarah Urusan, Runcit dan Pengedaran Malaysia Sime Darby Motors Jeffrey Gan yang memenangi Automotive Gentleman of 2021.  “Matlamat Anugerah VOTY ialah untuk menunjukkan sokongan dan penghargaan kami dalam mengiktiraf usaha pemain automotif dan acara tahun ini tidak berbeza dari sebelumnya,” Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General.  “Bersama DSF.my, Allianz General berbesar hati untuk menghargai pengeluar kereta dan individu penting untuk kekuatan dan kesungguhan mereka dalam menempuhi persekitaran dan cabaran perniagaan yang sukar pada 2021. Selepas mengharungi tahun demi tahun yang telah mencabar semua aspek dalam perniagaan, kami merasakan mereka berhak diraikan dan berehat untuk malam ini,” tambah Sean.  Anugerah VOTY ialah majlis anugerah automotif tempatan pertama yang menghargai rekaan automotif yang inovatif dan individu yang telah bekerja keras membawanya ke tanah air kita.  Pemenang Anugerah VOTY telah dipilih berdasarkan merit oleh kakitangan pengarang di www.dsf.my, diketuai oleh ketua pengarang Daniel Fernandez dan pasukan penulisnya, dengan sifarkewajipan pengiklanan yang diharapkan dari pemenang.   Senarai PemenangVehicle of the Year 2021 – Honda City RS Crossover of the Year – Hyundai Kona Smartstream 7-Seat SUV of the Year –  Land Rover Discovery TD6 HSE Electric Car of the Year – Porsche Taycan Luxury SUV of the Year – Toyota Harrier 7-Seat Family Vehicle of the Year – Mitsubishi XPANDER Family Sedan of the Year – Nissan Almera Turbo Hot Hatch of the Year – Suzuki Swift Sport Executive Sedan of the Year – Honda Accord    Luxury Hot Hatch of the Year –  Mercedes-AMG A35 Performance Crossover of the Year – Mercedes-AMG GLB 35 Pickup Truck of the Year – Isuzu D-Max X-Terrain Supercar of The Year – Aston Martin DBS Superleggera Automotive Lady of 2021 – Datuk Aishah Ahmad- President, MAA Automotive Gentleman of 2021 – Jeffrey Gan, Managing Director, Retail and Distribution for Malaysia, Sime Darby Motors Penanggung Insurans Kereta No.1 Malaysia – Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad