Le Tour de Langkawi menerima tajaan dari GIVI Asia

Givi Asia hari ini mengumumkan tajaan sebanyak 200 top

i keledar GIVI M30 bagi kegunaan pasukan polis, marsyal perlumbaan dan juga petugas media ketika perlumbaan LeTour de Langkawi (LTDL) yang akan bermula pada 18 Mac di Kangar dan berakhir di Kuala Lumpur 25 Mac ini.

“Kami gembira dan amat berbesar hati dapat bersama menyumbang dan melibatkan diri secara langsung dalam perlumbaan LTDL kerana ia mendapat liputan meluas di Eropah termasuk Itali lokasi ibu pejabat syarikat kami.” Ujar Pengarah Urusan Givi Asia, On Hai Swe.

Sudah pastinya pihak polis, marsyal perlumbaan dan media berasa lebih selesa dan yang paling penting keselamatan tambahan ketika bertugas dengan mengenakan topi keledar Givi ini.

Givi bersama 4 lagi penaja, Nur Power Groups, Kerajaan Negeri Terengganu, Spritzer dan Thule Asia menyerahkan tajaan masing masing kepada Ketua Pegawai Eksekutif LTDL, M. Kumaresan dalam satu upacara ringkas yang di adakan di Bukit Jelutong.