Vespa GTS Super 300

Sememangnya kita tahu Vespa merupakan satu jenama yang unik dan mengekalkan gaya yang tersendiri. Jika anda seorang yang meminati skuter klasik ini, pastinya tidak mahu terlepas untuk mengetahui apakah kehebatan yang ada pada Vespa GTS Super 300 ini.

Vespa baharu ini masih mengekalkan konsep rekabentuk sporty classic seperti model sebelumnya. Dengan tambahan kelengkapan terkini, sudah pasti ianya lebih menarik perhatian peminatnya.

Mari kita tengok apa yang ada pada Vespa GTS Super 300 ini. Bernadikan enjin Quasar 300 yang menghasilkan 21.2 hp pada 7,750 rpm, membolehkan pemiliknya mudah meluncur dengan pantas. Jadi jangan di acah power skuter ni di lampu isyarat ye.

Vespa tidak mengabaikan aspek keselamatan pemiliknya, jadi model ini didatangkan bersama  sistem brek ABS untuk roda depan dan belakang. Bukan itu sahaja, Anti Slip Regulation (ASR) merupakan spesifikasi standardnya. Jadi kita boleh menunggangnya dengan penuh yakin tidak kira dalam apa jua keadaan. Almaklumlah, keadaan cuaca di Malaysia ni boleh jadi tidak menentu kadang-kadang tu.

Kemudahan tambahan yang amat berguna buat pemiliknya seperti alat kawalan jauh yang membolehkan tempat duduk dibuka berbeza dari cara yang biasa dengan menghunakan kunci, mod pencarian skuter (bike finder) dan juga port USB. Jadi takde alasan bateri telefon bimbit habis. Bagi mengelakkan kecurian, skuter ini dilengkapkan dengan immobilizer sebagai ciri standard.

Jadi apa lagi, bagi yang ingin menjalani gaya hidup dan citarasa berbeza bolehlah ke Naza Premira Sdn. Bhd. untuk melihat dengan lebih dekat model baharu Vespa ini. Harga bermula dari RM25,000.00 dan hadir dengan empat pilhan warna iaitu Monte Bianco (putih), Verda Speranza (hijau), Grigio Titianio (hitam) dan Giallo Gelosia (kuning).

GALERI