Harley Davidson 2018

Petaling Jaya, 9 Mac 2017 – Baru-baru ini Syarikat Harley-Davidson Motor dan DIDI Resources Sdn. Bhd. pengedar tunggal yang baharu dilantik secara rasmi telah melancarkan model baharu  Harley-Davidson dan juga merasmikan pusat jualan baharu bagi model Harley-Davidson di Petaling Jaya yang terletak di The Gasket Alley.

Sebagai pengedar baharu dan yang pertama dalam rangkaian pengedar bebas di Malaysia, Harley-Davidson Petaling Jaya (HDPJ) terletak di Gasket Alley. Ruang pameran itu akan dikendalikan di bawah jagaan Goh Brothers Motorcycles Sdn. Bhd. Goh Brothers Motorcycles Sdn. Bhd. adalah sebahagian daripada Goh Brothers Capital, yang merupakan pakar terkenal untuk beberapa jenama automotif di Malaysia.

Dengan keluasan 20,000 kaki persegi (1,858 meter persegi), ia menawarkan rangkaian lengkap motosikal Harley-Davidson yang terdiri daripada keluarga Softail 2018, Road Glide Special dan yang utama ialah model edisi terhad 115 tahun HD. Harley-Davidson Motor Company akan meraikan ulang tahun ke-115 nya tahun ini. Pengedar jenama Harley-Davidson tidak akan lengkap jika tidak menawarkan barangan dagangan rasmi, pakaian dan aksesori.

Sebagai pengedar Harley-Davidson, HDPJ dipilih sebagai lokasi untuk mengumumkan penubuhan HOG (Kumpulan Pemilik Harley) baharu, Petaling Jaya Chapter Malaysia. Melalui HOG, semua pemilik Harley-Davidson akan bersama untuk mengekalkan kesetiaan jenama HD dan berkongsi rasa kepentingan bersama yang seterusnya akan membina persahabatan. HDPJ akan mengadakan lebih banyak aktiviti dan acara pada masa akan datang, bermula dengan 500 pemilik Harley-Davidson menyertai pembukaan sulung Petaling Jaya Chapter Malaysia esok (10hb Mac 2018) dengan berkonvoi dari HDPJ ke Tanjung Malim. Akan ada 1,500 orang lagi pemilik Harley-Davidson yang akan meraikan pembukaan pengedar baru ini nanti.

Pada majlis pelancaran hari ini, ia dihadiri oleh  Encik Johan Kleinsteuber, Pengarah Urusan Harley-Davidson Asia Emerging Markets, Encik Rewi Hamid Bugo, Pengerusi DIDI Resources Sdn. Bhd. dan Encik Goh Kian Sin, Pengerusi Goh Brothers Motorcycles Sdn. Bhd.

Harley-Davidson Petaling Jaya terletak di The Gasket Alley, Lot 15, Jalan 13/6, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.