MINI Malaysia meraikan Ulang Tahun MINI yang ke-60 dengan formasi ‘MINI 60’ serta ia menyingkap ketibaan model jentera terbaharu

Kuala Lumpur, 15 Julai 2019 – Setiap pengembaraan MINI dijiwai oleh semangat pemanduan yang unik. MINI menzahirkan sensasi keterujaan dan kespontanan tidak kira apa jua destinasi yang ditujui.

Sempena perayaan Ulang Tahun MINI ke-60, MINI Malaysia telah menghimpunkan warga MINIacs dan Rakan-Rakan MINI untuk membentuk formasi nombor 60 dengan kenderaan MINI masing-masing. Bandar Kuala Lumpur menjadi latar yang sempurna bagi pembentukan formasi tersebut.

Pada hari Jumaat, 19 Julai 2019, MINI Malaysia akan merungkaikan model kenderaan baharu sempena perayaan Ulang Tahun MINI yang ke-60. Ia merupakan model pertama antara dua model yang akan diperkenalkan sepanjang perayaan tersebut. Nantikan perkembangan lanjut daripada kami