Jadi Sebahagian daripada Penyelesai Masalah E-sisa bersama Volvo Car Malaysia

Kuala Lumpur, 24 Mac 2021 – Sebagai jenama automotif premium, dalam usaha mencapai salah satu aspirasinya yang tinggi terhadap pelan tindakan iklim untuk industri automotif, Volvo Car Malaysia telah bekerjasama dengan E-waste Recycling Through Heroes (ERTH) bagi menyediakan satu alternatif – E-waste Green Box – untuk semua rakyat Malaysia melupus dan mengitar semula barangan elektronik terpakai mereka dengan cara yang lebih prihatin. Kemudahan kitar semula ini disediakan di semua pengedar Volvo Car di seluruh negara, dan juga di kilang Volvo Car Manufacturing Malaysia (VCMM).

Inisiatif ini merupakan kesinambungan daripada daripada kempen lestari Volvo Car Malaysia – Volvo Green Planet – yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap perubahan iklim yang semakin membimbangkan dan mendorong jenama ini untuk mencapai matlamat jangka panjangnya bagi menjadi neutral iklim pada tahun 2040.

Sehubungan dengan itu, Volvo Cars menjadi penggerak dalam melangkaui misinya bagi mengurangkan pelepasan CO2 dari setiap kereta sebanyak 40 peratus antara tahun 2018 hingga 2025 melalui inisiatif elektrifikasi. Pada masa yang sama Volvo Cars juga menangani pelepasan karbon dalam semua aspek perniagaannya, daripada pembuatan dan operasi hingga ke rantaian bekalan. Malah syarikat juga turut mengamalkan pendekatan kitar semula dan menggunakan semula bahan-bahan terbuang.

Bagi memenuhi komitmen ini di peringkat tempatan, Volvo Car Malaysia, bersama-sama dengan operasi Volvo Cars yang lain di seluruh dunia, telah mengambil pendekatan yang lebih lestari untuk perniagaan mereka seperti melarang atau tidak menggalakkan penggunaan plastik dan penggunaan kertas untuk semua brosur dan senarai harga di ibu pejabatnya dan pengedar Volvo.

Sebagai langkah mempertingkatkan usaha kelestarian pada masa hadapan, Volvo Car Malaysia  menggalakkan semua pengedarnya di seluruh negara untuk membenarkan sesiapa sahaja yang ingin melupuskan sisa barangan elektronik mereka secara berhemah di cawangan mereka. Dengan berkongsi visi yang sama untuk masa depan yang lebih lestari, VCMM ingin menjemput rakyat Malaysia untuk melupuskan sisa barangan elektronik mereka di kawasan khas yang telah disediakan.

Semua pengedar dan VCMM akan menyediakan E-waste Green Box yang akan ditempatkan di kawasan yang mudah diakses oleh orang awam, termasuk para pelanggan. Mereka boleh melupuskan sebarang peranti atau komponen elektrik atau bateri yang boleh dimasukkan ke dalam kotak Hijau kitar semula tersebut. Antara barangan ini termasuk komputer riba, telefon bimbit, monitor, tablet, pencetak, papan kekunci, bateri dan konsol permainan. Untuk item yang lebih besar, mereka digalakkan menempah perkhidmatan pengambilan percuma di www.erth.app.

Akhtar Sulaiman, Pengarah Pemasaran dan PR Volvo Car Malaysia, berkata: “Di Volvo, kami mengotakan apa yang dikata. Daripada hanya memperkatakan tentang kelestarian, kami memacunya dengan menerap dan mempraktikan amalan kitar semula ke dalam perniagaan dan kehidupan seharian kami. Semasa mengemukakan cadangan untuk E-waste Green Box, kami ingin semua rakyat Malaysia turut sama menyertainya – dan bukan hanya untuk pelanggan dan pekerja kami – agar kita dapat sama-sama melestarikan alam sekitar, demi kebaikan bumi dan masa depan generasi kita. Malahan, kita akan turut mewariskan dunia yang lebih selamat dan hijau untuk mereka tinggal. “

Inisiatif ini dijayakan dengan kerjasama bersama ERTH, sebuah organisasi berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar Malaysia yang mengumpul, membeli dan mengangkut sisa elektronik untuk dikitar semula di kemudahan kitar semula berlesen dengan kerajaan tempatan. ERTH memastikan proses kitar semula yang dijalankan mengikut garis panduan daripada Konvensyen Basel. Konvensyen ini merupakan perjanjian antarabangsa yang diwujudkan untuk mengurangkan pergerakan, pengangkutan dan penghantaran sisa berbahaya antara negara.

Mohamed Tarek El-Fatatry, Pengasas ERTH, berkata: “Kami gembira dapat berkolaborasi bersama  dengan syarikat Volvo Car Malaysia yang mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah iklim dan sisa elektronik di negara kita. Di Malaysia, mengikut statistik kerajaan terkini, lebih kurang 25 peratus daripada sisa elektronik telah dikitar semula, sementara selebihnya sering dibakar atau dibuang di tempat pembuangan sampah. Kami berharap melalui kerjasama dengan rangkaian pengedar Volvo Car Malaysia di seluruh negara, akan menggalakkan lebih ramai orang untuk mengamalkan tabiat kitar semula yang betul demi bumi kita. “

“Perniagaan yang bertanggungjawab adalah asas untuk Volvo Car Malaysia, oleh sebab itu kami berbangga dengan kolaborasi bersama ERTH bagi memastikan sisa elektronik dikitar semula dan digunakan semula dengan cara yang betul dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pada zaman lambakan barangan elektronik, kita adalah antara penyumbang kepada masalah ini. Oleh itu kita juga perlu bersama-sama berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini. Kitar semula dan guna semula adalah salah satu kaedah terbaik untuk mengimbangi pelepasan karbon di bumi ini. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengambil bahagian dengan menyertai kami untuk mewujudkan masa depan yang lebih hijau,” kata Akhtar.

Individu yang ingin melupuskan alat elektronik terpakai mereka di E-waste Green Box boleh mengunjungi wakil pengedar Volvo terdekat mereka, senarai lengkap wakil pengedar boleh yang didapati di sini: https://www.volvocars.com/my/find-a-dealer. E-waste Green Box juga akan diletakkan di pos pengawal keselamatan di lokasi kilang VCMM. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai E-waste Green Box, sila lawati https://www.volvocars.com/my/greenbox  atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB  dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG   untuk maklumat lebih lanjut.