Destinasi Selera ENJIN DOTcom

NASI AYAM BABA – Berkat Resepi Ibu

untuk setiap Destinasi Selera ENJIN DOTcom, kami sebolehnya ingin berkongsi tempat-tempat terbaik untuk rakan-rakan kita di luar sana. Biasalah sebelum kita memulakan perjalanan cara kita, orang kita kalau bab singgah makan tak boleh dipisahkan.

Kali ni, ENJIN DOTcom mengajak anda semua singgah ke RESTORAN NASI AYAM BABA di Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka. Macam biasa, selepas meronda di sekitar bandaraya Melaka dengan Suzuki V-Strom 650 ni, memang lapar jadi nya.

Restoran Nasi Ayam Baba ini telah mula beroperasi dari tahun 2001 menyajikan Nasi Ayam Hainan sebagai menu utamanya. Siapa sangka berkat resepi dari ibu Ahmad Shukri ini membolehkan dia nekad berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam perniagaan makanan.

Nasi yang harum, lembut lagi empuk beserta ayam yang lemak dan berjus memang sungguh menyelerakan. Kalau tak nak ayam goreng, boleh pesan ayam yang dimasak secara stim. Ah sudah, dua-dua pun sedap. Tak tahu mana nak pilih. Pandai anak mak ni masak heheh.

Menu kedua yang menjadi tarikan selera di sini ialah Mi Cili Kering. Ada banyak lagi hidangan lain dalam menu Restoran Nasi ayam Baba, hidangan masakan ala Cina pun ada. Lawan pula dengan air limau atau lemon asam boi. Hmmm, menaip saja pun dah terliur. Mau rajin datang kesini lagi ni. Maklumlah, tangki teman kecil.

Kalau sahabat sekalian atau geng konvoi hendak ke Restoran Nasi Ayam Baba untuk mencuba sendiri Nasi Ayam Baba resepi ibu Ahmad Shukri, waktu operasi bermula dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam dan beliau boleh dihubungi di nombor 0193817030. Kalau dah ramai-ramai berkonvoi atau berjalan, kena reserve parking depan kedai. Bukan apa, lepas tu boleh posing.

#destinasiseleraenjindotcom #nasiayambaba #batuberendam #melaka #melakabandarayabersejarah #suzukiassemblersmalaysia #excelcycle #vstrom650 #enjindotcom #wayoflife

GALERI