BMW Malaysia – BMW Luxury Excellence Pavilion

BMW Malaysia Tetapkan Satu Penanda Aras Baharu Dari Segi Keseronokan Pemanduan Mewah Menerusi BMW Luxury Excellence Pavilion yang Eksklusif

Malaysia dan Asia Tenggara mengalu-alukan ketibaan aspek Dinamik Sebenar dan Kemewahan yang Sofistikated – BMW Concept 8 Series buat pertama kalinya.

Kuala Lumpur, 22 Februari 2018 – BMW Malaysia hari ini melancarkan BMW Luxury Excellence Pavilion di Malaysia, sekali gus mendedahkan kewujudan jenama dan keterujaan terhadap kenderaan mewahnya buat pertama kali di negara ini.

Pengeluar kenderaan premium itu juga mengambil peluang untuk memperkenalkan BMW Concept 8 Series buat pertama kalinya, bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia Tenggara pada acara yang sama.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Kami sangat berbesar hati kerana dapat berkongsi kewujudan jenama yang baru dan ekspresi terhadap kenderaan mewah kami di BMW Luxury Excellence Pavilion. Dari Toronto, Kanada ke Malaysia, kami harap dapat berkongsi visi tentang tarikan kemewahan jenama ini menerusi satu program penuh pengalaman yang pertama seumpamanya. Sekali gus menjelaskan bagaimana kami mendefinisikan kembali idea mengenai kemewahan moden dalam industri automotif.”

Menyentuh tentang BMW Concept 8 Series pula, Han menyatakan bahawa ia menjadi bukti terhadap model masa depan BMW – BMW 8 Series Coupé baharu yang dijangka dilancarkan pada tahun ini sebagai sebahagian daripada tawaran paling menarik dalam sejarah pembuat kereta premium tersebut.

“Selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengurusan BMW Group AG, Harald Krüger berkata, ‘Nombor 8 sentiasa menjadi aspek penting prestasi sports dan eksklusiviti di BMW. Kereta sports konsep yang eksklusif ini menyerlahkan aspek Kesungguhan, Kuasa dan Prestasi. BMW 8 Series Coupé sememangnya sebuah kenderaan yang wajar ditunggu. Namun, buat masa sekarang BMW Concept 8 Series akan menjelaskan pendirian kami terhadap kenderaan mewah penuh kuasa yang dibina di atas tradisi coupe sporty bersaiz besar.”

Bukan sekadar keseronokan memandu: kemewahan yang inovatif, gaya BMW.

Kewujudan jenama baharu untuk kereta mewah BMW menyaksikan profail dan posisi model-model paling eksklusifnya dimasukkan ke dalam satu kategori produk yang tersendiri. Kereta ini sangat menarik perhatian, jadi ia sememangnya layak diangkat sebagai jentera yang mampu memperkayakan karekter dan gaya hidup pelanggan dalam segmennya, melalui pengalaman yang penuh emosi dan tulen.

Ciri estetik yang klasik dan tidak berlebihan ini menyerlahkan sejarah tersendiri BMW, bersama pendekatan berani untuk meneroka penyelesaian konsepnya sendiri. Selain kemampuan untuk menyahut cabaran dan menjadi lebih kuat. Ini bukan sahaja berakar umbi dalam warisan BMW, malah menjadi rahsia kejayaan dan membuktikan kesungguhan, keyakinan serta kebolehan BMW dalam membawakan masa depan pada hari ini.

 BMW percaya bahawa kemewahan di dalam sesebuah kereta merupkan hasil daripada kepakaran dalam pelbagai aspek pembangunannya. Asli, menarik perhatian dan pastinya kemewahan moden itu dibina di atas tradisi serta semangat menjadi peneraju yang timbul daripada pengalaman, pengetahuan mendalam dan bakat inovasi sejak bertahun-tahun lamanya. Model-model penting dalam portfolio BMW ini akan menyerlahkan satu pemahaman baru tentang aspek kemewahan – membawa bersama emosi yang diinspirasikan daripada nilai estetik, keseronokan memandu, rasa bebas dan individualiti yang menentukan diri seseorang itu.

BMW juga memberi fokus kepada jalinan hubungan dengan para pelanggan secara berterusan, melibatkan pengalaman, emosi dan tawaran pengubahsuaian. Matlamat pengeluar kereta premium itu adalah untuk menawarkan pelanggan dengan pengalaman mobiliti yang istimewa pada setiap hari, melalui perkhidmatan yang unik dan lebih baik.

Ekspektasi seperti ini yang datang dari kehidupan mewah dan satu kumpulan sasar yang sentiasa ingin mencuba perkara-perkara baharu, menjadi perintis, selain memilih laluan hidup yang bebas dan merdeka.

Dalam pembangunan aspek kemewahan yang berterusan, pengeluar kenderaan mewah ini dilihat sedang membina satu ekosistem mewah yang terdiri daripada pengalaman serta perkhidmatan unik. Ia merangkumi rangkaian penuh model mewah yang mampu mencipta momen luar biasa dan tidak dapat dilupakan.

Ekspresi dan kewujudan jenama baharu dan ekspresi BMW boleh dirasai secara eksklusif di BMW Luxury Excellence Pavilion bermula Khamis, 22 Februari 2018 hingga Rabu, 7 Mac 2018.

BMW Luxury Excellence Pavilion turut dipersembahkan oleh rakan-rakan niaga seperti Dior, Hugo Boss, Moet Hennessy Diageo, Jaeger-LeCoultre, Wei-Ling Gallery, Leica, illy Coffee dan SPACE.

BMW Concept 8 Series: sangat dinamik, kemewahan moden yang sebenar.

BMW Concept 8 Series merupakan usaha BMW dalam menghasilkan jentera mewah dan keghairahan terhadap dunia automotif yang sebenar. Walaupun ia pantas dikenali sebagai sebuah BMW, kereta itu juga tampil dengan idea-idea reka bentuk dan teknik binaan yang baru.

BMW Concept 8 Series menyerlahkan satu pendekatan baru tentang penggunaan bentuk, yang dapat dilihat dengan jelas pada permukaan kereta ini. Garis-garis halus mendasari permukaan yang jernih dan jelas menunjukkan bahawa kereta ini dibina dengan begitu sempurna. Apabila semua elemen ini digabungkan, terhasillah sebuah model yang luar biasa dan penuh dengan karekter.

BMW Concept 8 Series hadir dengan gril kidney yang besar, sepasang lampu utama nipis dan corong kemasukan udara yang besar. Seterusnya membentuk grafik hadapan yang sangat garang dan sporty. Templat klasik BMW kini tampil dengan interpretasi lebih segar, membawa bahasa reka bentuk syarikat ke satu hala tuju yang baru. Sebagai contoh, dua gril kidney itu diposisikan lebih rendah dan lebar. Mengambil inspirasi daripada coupé BMW sebelum ini, gril tersebut didatangkan untuk membentuk satu elemen yang besar.

 Gril itu dilihat lebih lebar, menyerlahkan karekter dinamik BMW Concept 8 Series. Dengan lampu utama lazer yang super nipis dan tema “twin circular” berbentuk heksagon, pandangan akan fokus ke bahagian hadapan ini. Sementara corong kemasukan udara pada apron hadapan membuatkan kereta ini semakin lebar, mantap dan sporty di atas jalan, serta menjanjikan pengalaman dinamik yang sebenar.

Elemen gentian karbon di antara kedua-duanya menyerlahkan karekter jentera yang sporty dan berprestasi tinggi. Manakala warna luaran kelabu (Barcelona Grey Liquid) yang dihasilkan secara eksklusif – warna kelabu kebiru-biruan dengan pigmen berwarna-warni – memberikan kesan optimum pada permukaan jentera ini.

Bahagian belakang saling dipengaruhi oleh volum dan garis-garis yang membentuk seksyen belakang kereta ini. Arca roda menyerlahkan kuasa dinamik dan pacuan roda belakangnya. Ruang tempat duduk dan bahagian belakang yang lebar dapat dilihat dengan jelas pada BMW Concept 8 Series.

Lampu belakang yang nipis menjalar hingga ke bahagian sisi BMW Concept 8 Series dan  menjadi penyambung di antara bahagian belakang dan sisinya. Lampu berbentuk huruf L itu seakan-akan terkeluar dari bahagian belakangnya. Ia membuatkan jentera ini kelihatan lebih lebar dan maskulin di atas jalan. Manakala bentuknya yang nipis memberikan gayaan yang ultra sporty dan moden

Peresap udara berwarna hitam dengan kemasan gentian karbon pada bahagian bawah apron belakang memberikan rasa yang sporty dan ringan. Kerangka paip ekzos berbentuk trapezoidal pula menjanjikan pengalaman pemanduan yang dinamik.

Di ruang kabin, BMW Concept 8 Series menggabungkan asepek dinamik dan mewah. Permukaan dan garis yang ada padanya mengunjur ke hadapan untuk pengalaman pemanduan yang dinamik. Konsol tengah dan pintu memberikan ruang kabin ini struktur yang kemas. Transisi yang lancar dari panel instrumen ke bahagian pintu, menyerlahkan rasa sporty pada elemen reka bentuk ruang kabin ini. Impresi ini  dibuktikan dengan sambungan yang sempurna di antara konsol tengah dan panel instrumen yang mana kedua-duanya membentuk ciri penting ruang tersebut. Reka bentuk sporty dipertingkatkan lagi dengan konsol tengah yang tinggi dan titik fokus visual panel instrumen lebih rendah.

Ketika memandu, semua titik hubungan anda dengan kereta padat dengan karekter yang sporty. Tempat duduk sports yang eksklusif itu bukan sahaja nipis, tetapi struktur asasnya diperbuat daripada kerangka gentian karbon dan dibalut dengan kulit terbaik, sekali gus menjadikannya tempat duduk yang sempurna. Jejari aluminium yang digilap menggunakan tangan dan paddle shifter berwarna merah membuatkan anda teringat kepada litar lumba. Semua ini digabung untuk menunjukkan kejayaan BMW dalam meneroka kontras di antara aspek kejuruteraan dan emosi, dinamik dan kemewahan. Bentuknya menyerlahkan ciri sporty yang sebenar, manakala penggunaan material yang tersendiri memberikan eksklusiviti serta reka bentuk berkualiti tinggi.

Kulit Merino berwarna coklat gelap dan putih (Fjord White) memberikan ambien berkualiti tinggi kepada ruang dalaman kereta ini. Kemasan gentian karbon dan aluminium yang digilap menggunakan tangan menghasilkan kontras yang menarik, selain membangkitkan rasa sporty dan teknikal. Ia kemudian diserlahkan lagi dengan tuil gear dan iDrive Controller yang diperbuat daripada kaca Swarovski bersama kuart berwarna kelabu untuk memberikan anda kemasan yang penuh gaya.

BMW 8 Series Coupé akan dibina berasaskan kepada tradisi kejayaan syarikat dalam menghasilkan kereta sports mewah, seterusnya menambah satu lagi model menarik – sebuah kereta impian yang sebenar – ke dalam rangkaian model mewah sedia ada.

GALERI