PROTON PERSONA 2019

‘INTELLIGENCE THAT CARES’, Itulah slogan terbaharu bagi model Proton Persona 2019. Sebelum ini, Proton Iriz juga telah dilancarkan dengan wajah yang tampak lebih sporty. Pihak media hari ini dijemput ke majlis khas bagi melihat lebih dekat Proton Persona dengan wajah baharu yang juga lebih sporty dan menawan. 

Selepas Proton X70 dilancarkan, model-model Proton yang lain juga mengalami perubahan bagi menampilkan identiti yang sama seperti bahagian gril hadapan berkonsepkan ‘Ethereal Bow’ dan juga ‘Infinity Weave’. Bahagian belakang juga diperkemaskan lagi seperti huruf PROTON yang besar menggantikan penggunaan logo Proton seperti X70 dan juga IRIZ.
Bumper hadapan dilengkapi dengan DRL menggantikan lampu kabus manakala bumper belakang diperkemaskan dengan rekaan ‘diffuser’ bagi memberikan rupa tampak lebih aerodinamik.

‘Peerless Connectivity, Practical Functionality, Proven Safety’, antara strategi jualan yang unik bagi segmen ini. ‘HI Proton’ kini ada pada Proton Persona 2019. Pemilik kini lebih mudah mengawal sistem radio, navigasi, telekomunikasi dan juga beberapa bantuan pemanduan. Pendek kata, kedua tangan pemandu akan sentiasa memegang stereng bagi memastikan keselamatan ketika memandu dan ia merupakan ciri yang pertama di dalam kelasnya. Bahagian meter Proton Persona baharu ini dilengkapi dengan paparan pelbagai informasi berwarna bagi memastikan segala maklumat boleh dibaca dengan jelas dan mudah.

Selain itu, tombol gearnya sama seperti yang terdapat pada Proton X70 dan kualiti fabrik dalamannya dipertingkatkan bagi memberikan kelainan dari model sebelumnya.

Nampak gayanya dengan model facelift Proton Persona yang diperkenalkan ini, pasti akan memberikan satu daya tarikan yang berbeza.

‘Like’ dan ‘Share’ Facebook ENJIN DOTcom dan ‘Follow’ kami di Instagram.
Jangan lupa menetapkan ENJIN DOTcom sebagai ‘See First’ di FB anda!

protonpersona #proton #persona #enjindotcom #itsinthedrive #intelligencethatcares #facelift

GALERI