Tag: kawasaki z900rs

Kawasaki Z900 RS menyusuri pesisir pantai Selangor

Minggu lepas Mr. Stick berpeluang membuat perjalanan menyusuri jalan pesisir pantai Selangor bermula dari Dataran Morib, yang kebetulan ada program permotoran di sana, hingga ke Bagan Lalang. Terima kasih kepada Kawasaki Motors Malaysia yang sudi meminjamkan model Z900 serba baharu yang telah diperkenalkan pada tahun lepas iaitu Kawasaki Z900 RS.