Tiga Pilihan Warna Baharu Bagi Model CKD di Umumkan Honda Malaysia

Petaling Jaya, 9 Mei 2019 – Honda Malaysia  hari ini mengumumkan tiga daripada model pemasangan tempatannya (CKD) terdapat dalam warna baharu yang muda, bertenaga dan menarik, Passion Red Pearl. Komited bagi memberikan kegembiraan untuk memiliki sebuah Honda kepada para pelanggan, warna baharu yang menarik ini akan diperkenalkan kepada model Jazz, City dan CR-V, yang akan menjadi tarikan kepada rakyat Malaysia.

Pilihan warna Passion Red Pearl ini akan menggantikan Carnival Red bagi Jazz, Dark Ruby Red bagi City dan Obsidian Blue Pearl bagi CR-V. Berdasarkan prestasi jualan, rekod menunjukkan bahawa Passion Red Pearl menerima sambutan pasaran yang baik apabila ia mula diperkenalkan di HR-V baharu pada Januari 2019. Sejak itu, Passion Red Pearl telah terbukti menjadi warna pilihan utama di kalangan pelanggan Honda, dengan jumlah jualan 30% bagi model baharu HR-V.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, “Dengan pengenalan warna baharu, Jazz akan mempunyai lebih keperibadian segar dan muda manakala City, lebih bertenaga dan CR-V kelihatan lebih bergaya. Kami percaya ketiga-tiga model popular ini akan kelihatan sangat sesuai dengan warna yang bersemangat untuk gaya hidup serba boleh pemiliknya.  Dari segi prestasi jualan, Jazz, City dan CR-V telah menyumbangkan 62% daripada jumlah jualan Honda Malaysia antara Januari hingga April 2019. City merekodkan sumbangan tertinggi dengan 34% daripada keseluruhan jualan Honda Malaysia manakala Honda Jazz mencatatkan sumbangan jualan sebanyak 12%. Sementara itu, jualan CR-V mencatatkan 15% daripada jumlah jualan Honda Malaysia. Honda Malaysia menjual lebih 28,000 unit kenderaannya antara Januari hingga April 2019. Berikutan ini, pada April 2019 Honda Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai jenama kereta utama dalam segmen Bukan Negara dan kedudukan kedua dalam Keseluruhan Jumlah Industri (TIV).”

Honda City Generasi ke-4 adalah model terlaris Honda Malaysia dan terus menerajui segmen B pada Mac 2019. Honda City ini dikuasakan oleh enjin Honda 1.5L i-VTEC yang digabungkan dengan Honda Earth Dream Technology dengan CVT. Reka bentuk dalaman City dibangunkan di bawah konsep Honda “Man Maximum, Machinr Minimum”, yang direka untuk memaksimumkan ruang untuk pemandu, penumpang dan barangan. Selain mengutamakan keselesaan, ruang bagasi City kekal yang terbesar dalam kelasnya, 536L, menjadikannya sedan yang sempurna untuk orang dewasa dan keluarga muda yang bekerja, dengan kemudahan yang ideal untuk perjalanan seisi keluarga di jalan raya. Ciri keselamatannya termasuklah 6 beg udara di depan dan sisi yang memastikan perjalanan yang selamat untuk pemandu dan penumpang. Ciri-ciri keselamatan aktif standard yang disediakan ialah Anti-Lock Braking System (ABS), Brake Assist (BA), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan Emergency Stop Signal (ESS).

Honda Jazz yang paling laris terus mengekalkan tema “Joy of Driving” kepada pemiliknya. Ruang kargo yang fleksibel dengan kerusi ULTRA serba boleh yang boleh diubah menjadi empat konfigurasi – Utility, Long, Tall dan Refresh – menjadikan Jazz sebuah kereta yang sangat praktikal.  Sebagai sebuah kereta yang menyeronokkan untuk dipandu di bandar, Jazz sesuai untuk semua golongan pemilik, terutamanya pembeli kali pertama, eksekutif muda dan keluarga.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), CR-V menawarkan pilihan yang komprehensif bagi ciri-ciri yang menerajui kelasnya daripada luaran dan dalaman hinggalah kepada enjin 1.5L VTEC Turbocharged canggih yang dipadankan dengan CVT, memberikan keseimbangan prestasi dinamik dan kecekapan bahan bakar.

Dilengkapi dengan Next Generation Advanced Safety Technology iaitu Honda SENSING yang terdiri daripada tujuh ciri – Adaptive Cruise Control (ACC), Low Speed Follow (LSF), Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM) dan Lane Departure Warning (LDW) yang akan menyediakan Driver’s Cruising Aid, Frontal Collision Deterrence dan Side Collusion Deterrence. Ia juga dilengkapi dengan Honda Lanewatch yang telah disediakan pada model-model Honda sejak tahun 2015, menjadikan CR-V model pertama dalam segmennya dilengkapi dengan ciri ini. Terdapat dalam 4 varian, CR-V boleh memenuhi pelbagai permintaan segmen pasaran daripada keluarga muda di bandar kepada keluarga matang dan kumpulan premium bandar.


Jazz, City dan CR-V dalam warna badan luaran Passion Red Pearl yang baharu boleh dilihat dan diuji pandu di mana-mana 98 pengedar sah Honda di seluruh negara.

GALERI