Triumph Street Scrambler 900

Dilancarkan pada tahun 2006, ini adalah Triumph terakhir yang dihasilkan oleh pereka John Mockett, yang telah  bekerja dengan pasukan kilang kecil di Triumph pada tahun 1989, merasionalisasi model yang ada berdasarkan  reka bentuk modular yang sangat berjaya, termasuk konsep dan gaya Trident di pelancaran IFMA 1990 mereka. Mockett kemudiannya menjadi stylist utama untuk sebilangan besar motosikal yang diperkenalkan hingga tahun 2006.Motosikal Scrambler antaranya yang menjadi ikutan dan mendapat sambutan dari peminat motosikal yang sememangnya diminat sejak awal 70an lagi, sehingga  kemunculan banyak pengeluar memasarkan model scrambler masing-masing di pasaran dunia, ianya menjadi fenomena ketika itu kegilaan peminat motosikal, Triumph scrambler  yang di lancarkan pada tahun 2006 hingga kini ianya masih mendapat tempat pada  peminat segmen motosikal  fesyen lasak ini .

Model Scrambler terkenal  dari Triumph adalah Street Scrambler 900, yang mana kami berpeluang menguji  jentera ini dengan kesesuaian dan gaya  untuk peminat disini, terutamanya untuk kegunaan harian sambil menjadi  ikutan gaya masa kini seperti  hobi pengembaraan bermotosikal. Seperti mana model-model lain dari keluaran Triumph reka bentuk klasik masih dikekalkan tetapi di lengkapi dengan segala kelengkapan moden yang terdapat pada sebuah motosikal masakini, kekemasaan jentera ini cukup baik ia dihasilkan.Sebagai sebuah motosikal untuk keseronokkan sepanjang masa, sambil  menunggng tak kira di mana kita akan redah, baik dijalanraya atau kawasan jalan di pedalaman. Semasa kami mengujinya didalam bandar ia tak terasa sebuah motosikal scrambler kerana ia bergitu ringan dan mudah dikawal walaupun jentera ini dilengkapi tayar semi off road, sesuai dengan namanya Street Scrambler. Kadang terasa kembali ke zaman silam seperti cerita wayang dulu-dulu, perasan jadi hero filem sekejap.

Di datangkan dengan gandingan Caliper brek depan 4-piston Brembo yang direka untuk memberikan prestasi brek yang lebih baik, kawalan dan keyakinan yang tinggi.

MOD RIDING ,  terdapat didalam kelasnya  Street Scrambler atau menunggang di jalan basah seperti   hujan dengan hanya penyesuaikan kawalan pendikit  untuk kawalan menunggang yang dipertingkatkan, sementara mod menunggang Luar Jalan (off road) mematikan ABS dan kawalan daya tarikan untuk keupayaan dua guna yang lebih lasak dan agresif di atas tanah. Fork hadapan  yang lebih tinggi dengan 41mm mempunyai 120mm  untuk perjalanan yang lebih selesa dan yakin di setiap permukaan jalanraya.

PENGENDALIAN ABS & TRACTION SWITCHABLE: Digabungkan dengan menarik dan kesan visual yang minimum, keupayaan ABS dan kawalan daya tarikan motor ini boleh diubah khas untuk Street Scrambler dan mencerminkan sifat berganda dari motosikal yang sangat serba boleh ini. Klac bantuan tork Street Scrambler membawa sentuhan lebih ringan, menjadikannya lebih senang untuk menikmati perjalanan anda lebih lama, untuk dalam perjalanan lebih panjang, tidak la sakit seluruh jari, terutama  yang melibatkan banyak perhentian . Roda bersudut jejari bersaiz besar dengan gandingan roda belakang 19 inci depan dan 17 inci menyumbang kepada kedudukan menunggang yang hebat. Sejumlah teknologi moden untuk meningkatkan pengalaman menunggang anda telah dipadankan  ke dalam Street telah di padankan untuk Scrambler, termasuk lampu belakang dengan wayar, lampu belakang LED dengan corak khas, saluran paip ekzos , immobilizer, dan soket pengecasan USB.

Dengan ekzos Scrambler yang unik yang sesuai dengan wataknya, sistem ekzos terletak tinggi dan berkembar mempunyai  penutup keselamatan dan peredam keluli tahan karat yang diikat dengan pelindung haba hitam yang bergaya,.Bagi yang tidak biasa akan gaya Scrambler ini, mungkin akan janggal sedikit tambahan pada zaman ini model street bike dan gaya lumba lebih diminati.Macam pepatah berkata “Belum cuba, belum tahu”.Admin lama tak menunggang sebuah scrambler kali trakhir adalah scrambler dari Suzuki model lama dulu, sewaktu dulu pengaruh Scrambler agak kuat ketika itu.Kini ia kembali dari jenama Triumph yang mempunyi peminatnya tersendiri Selain jentera itu sendiri, gaya sesebuah motosikal itu amat penting untuk mendatangkan mood menunggang dengan keseronokkan bukan sahaja untuk menguji aderelin kelajuan serta mencabar selekoh atau terseksa sepanjang perjalanan semata-mata anda suka sesuatu jenama.Admin kagum juga ketika mula-mula mencapai dan duduk diatas motosikal ini, posisi ia amat selesa dan mudah sekali.  

Displacement: 900cc.

Compression ratio: 11:1.

Maximum power: 65 horsepower @ 7500 rpm.

Maximum torque: 59 ft/lbs @ 3200 rpm.

Valve train: SOHC, 4 vpc.

Fueling: Multipoint sequential EFI.

Dengan bingkai scrambler yang unik,  aluminium lebar dan roda depan 19 inci yang besar, motosikal ini mempunyai kedudukan menunggang yang selesa dan ergonomi dinamik yang memberikan perjalanan yang mampu dan selesa .Secara jujurnya keseronok menunggang jentera unik ini adalah dengan ada aktiviti separuh lasak sesekali di jalanraya luar bandar, dimana sesekali merasa tamparan dubu-dubu pasir serta air lopak  untuk kita merasa akan kawalan sebenar sebuah Scrambler yang lasak.Kepuasaan dan keseronokan yang tiada akan anda dapat pada motosikal biasa jalaraya.Secara jujurnya admin selesa dan seronok akan gaya tunggangan street scrambler ini kerana ia memberi sesuatu pengalaman berlainan apabila kita menunggang dijalanraya atau jalan tanah terutama di kawasan pedalaman yang penuh berdebu atau lopak air untuk sedia diredah, ia umpama mainan bagi yang benar-benar menghargai pengembaraan sebenar dikawasan perdalaman hingga anda lupa berapa jarak perjalanan anda tempoh kerana ia sungguh menarik untuk suatu pengalaman berbeza.

Dengan harga yang di dalam lingkungan RM65 -70 ribu, quality pembuatan motosikal ini sesuai dengan harga yang ditawarkan, walau bagaimana pun jika dipasarkan secara meluas dengan harga di bawah RM50 ribu sudah pasti ia lebih menarik !!!.